bismilah

Rabu, 16 Februari 2011

MaaF..kn..Ku


Assalamualaikum....

Hari nee...Aisah btul2 rsa serba slh dgn seorng
insan yg bnyk beri sy kesempatan n sentiasa
sokong sy...dri belakang...

Aisah taw ..Aisah uda mengecewakn atinya...tp..itu
bkn niat Aisah....myB kputusan yg Aisah ambil ney adlh btul
n gerak Hati Aisah kuat utk tidak mengikut b'tnding dlm
plihan raya MPP kat kampus..

Aisah hargai sgala jsa baiknya...yg sanggup jdi pencadang
Aisah..n dy sendiri yg ambilkn borang utk Aisah...
betapa rsa serba slh AIsah dgn insan nee..
Dia bgitu m'percayai kebolehan Aisah..

kemarin mlm..dy g bilik Aisah..dy myb nk pastikan Aisah isi
borang tu...tp..Aisah lngsung xtulis 1 huruf pon dlm kertas tu..
sbenarnya Aisah trus trng r..Aisah ingin jgk nk jdi Wakil MPP..
Aisah taw Aisah ble wat keja tu..coz itu x menjadi masalah Aisah...

Namun semu tu dah berlalu...Allah uda tentukan Aisah
xikut bertanding...mgkin insyaALLAH..
da hikmah di sebaliknya..wlau bgmn pon..
Aisah masi punya seorang sahabt
SUZIERNA...yg akn menyertai trut bertanding....
insyaALLAH..dy dpt menang utk krusi pilihn raya nnt..
Aisah sntiasa ada utk sahabat Aisah...





Isnin, 14 Februari 2011

maulidUr RasuL =)


SEJARAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah menyambutnya besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma'moon Al-Bataa'ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu. Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah.

Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Allah berselawat kepada Rasulullah saw:

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.” ( surah al-Ahzab ayat 56)

Para sahabat berkata: “Ya Rasulullah, kami telah tahu bagaimana mengucapkan salam kepadamu, tapi kami tidak tahu bagaimana mengucapkan selawat kepadamu.

Rasulullah saw menjawab: ucapkanlah: Allahhumma solli ‘ala Muhammad (Ya Allah, selawatkan atas Nabi Muhammad.)”

Kita meminta Allah berselawat ke atas Nabi bagi pihak kita, kerana hanya Allah yang mengetahui setinggi mana darjat Nabi Muhammad.

Allah sendiri mengagungkan Nabi, jadi tidak syirik bagi kita untuk mengagungkan Nabi.

Di antara cara untuk melahirkan rasa cinta kepada Nabi ialah dengan mengadakan sambutan maulud.

Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi dan Ibn Taghrabik. Antara yang membolehkan ialah Imam Jalaluddin Sayuti, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Atiah Saqr dan Syeikh Yusuf Qardawi.

Ahad, 13 Februari 2011

from Facebook

bersyukur sebab 'TAK CANTIK'




b

ersyukur sebab 'TAK CANTIK'

by Naza Melman on Thursday, February 10, 2011 at 6:26am

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

Jumaat, 11 Februari 2011

t'inDah b'sMa sMk PC2..


Assalamualaikumm...

ALHAMDULLILAH...akhir nya progrm b'sma adk2
SMK Pengkalan Chepa 2...b'jln dgn jyanya,,
slama 3 ari...iaitu kursus Cakna solat
dan cELIk al Quran..

sngt2 mengembira...wlaupon penat..yg di bebankn agk berat
jga..nmun m'jadi ringn dgn..b'sma adk2...
yg bgitu juruh...nee adlh pgalamn prtama
Aisah jdi Fasilitator...utk skul smk pngkaln chepa

t'lalu bnyk knangan manis...bersama mereka tersayang...
smpi ada yg nk ajak Aisah Kecek klate...
hiihihihi...adk2 semu bgi kerjasama..wlaupon dah sdikit
slh fhm...tp prgrm ini sngt berjaya pd Aisah..
insyaALLAH adk2 yg m'gikuti kursus ini..dpt m'gubah
PARADIGMA...adk2 ...KERNA ALLAH...
DEMI ISLAM...

Aisah sndiri pon..akn m'gmbil semu ILMU yg di smpaikn
oleh penceramah2..yg di jemput...
dan insyaALLAH Aisah akn praktikal kn dlm
khidupan seharian...
terima kasih...untk kamu semua....

smk pengkalan Chepa 2...
i luv u b'coz ALLAH

Selasa, 8 Februari 2011

From millatFB........

Muhammad
Dikirim Februari 8, 2011 oleh Muhammad dalam Islam

عن عائشة رضي الله عنها أن النبي كان يدعو في الصلاة: اللهم إني أعوذ من عذاب القبر و أعوذ بك من فتنة المسيح الدجال وأعوذ من فتنة المحيا والممات اللهم إني أعوذ من المأثم والمغرم...........إلخ

Daripada Siti Aisyah Radiallahu anha, bahawasanya nabi Muhammad Sallahu alaihi wasallam berdoa dlm solat (slps tahiyyat sblm beri salam ): Ya Allah, aku brlindung dgn Engkau drpd azab kubur, dan aku berlindung dgn Engkau drpd fitnah dajjal, dan aku brlindung dgn Engkau drpd fitnah kehidupan dan fitnah kematian, Ya Allah aku brlindung dgn Engkau drpd dosa dan hutang (yg aku tdk mampu mmbayarnya).....Al-Hadis

Riwayat Muslim

Sy tdk menulis hdis ini shingga ke akhirnya krna doanya hnya stkt itu iaitu doa yg kita patut amalkan slps tahiyyat akhir sblm mmberi salam....doanya:

اللهم إنّي أعوذ بِكَ مِن عذابِ القَبْرِ وأعوذُ بك من فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّال وأعوذ بك من فتن

المَحْيَا والمَمَاتِ اللهم إنّي أعوذ بك مِنَ المَأْثَمِ والمَغْرَمِ

Fitnah kehidupan di sini ialah apa yg menimpa manusia sepanjang hidup trdiri drpd fitnah2 dunia, nafsu syahwat dan sebagainya. Fitnah kematian pula padanya khilaf ulama' iaitu:

1. Azab kubur

2. Fitnah semasa ajal hampir tiba iaitu ketika sakaratul maut

Kenapa nabi amalkan doa ini sdgkan dia memang terlepas drpd zaman fitnah dajjal, drpd azab kubur?? Jawapannya kerana untuk mengajar umatnya doa ini...Jadi, sama-samalah kita amalkan doa ini selepas membaca tahiyyat akhir sblm memberi salam sbg memohon dengan Allah drpd benda2 tersebut

Assalamualaikum.....

Emm..misss nya ngn blog sy ney..lma dah x wt ctatan diari sienar chaya hidup Q ney.... sbnrnya bnyk jgk nk taip ari ney law ble semu pkara yg Aisah lalui sminggu nee....Aisah btul2 di uji dgn plbgai pkara..yg sedih da...yg manis da....yg m’garut pon da..hihihihihi..

Papew pown...Aisah tw semu pkra tu akn mlatih diri Aisah utk matang ag..melalui pjlnn hidup yg masi pnjg..

Emm...di dunia nee x semu org suka ngn kita tp x semu jg org benci ngn kita this normal for me....yg pnting kita taw sp diri kita...xperlu lah nk slhkn diri sendiri or org di sekelilingi kita....k...cuba r p’btulkn dim n ksilpn kita..jgn plak mencari kesilapn org lain....

The end....................

Jumaat, 4 Februari 2011

POST from FB

AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI

by Nadia Ahmad Tarmizi on Saturday, January 8, 2011 at 12:28pm

AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI

AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT

BAYI.... - please read!!!.. TRUE STORY

Message: Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru

di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai

seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina

baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.

Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut

bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia ,

sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi

tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa

Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang

ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk

memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan

pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye.

Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam! sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita.Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita

renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap

sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat....................

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah,barat dan timur.Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham

Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia

dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian

ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..

Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina)

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)