bismilah

Ahad, 15 Mei 2011

Tipss...Exam

LANGKAH-LANGKAH BIJAK MENJELANG ‘EXAM’

1. Bertenang dan melapangkan fikiran.

2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.

3. Tidur yang mencukupi..

  1. Menjaga kesihatan diri.
  2. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
  3. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .
  4. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
  5. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
  6. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.
  7. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
  8. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
  9. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
  10. Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
  11. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
  12. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
  13. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
  14. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.

EXAM SEMAKIN HAMPIR??

Artikel ini adalah mengenai tips tips yang harus kita amalkan apabila hampir peperiksaan.

1.Baiki hubungan dengan Allah
-Tunaikan solat dhuha
-Jaga solat
-Memohon ampun daripada Allah ( istighfar )
-Jangan lupa beribadah kepada Allah
-Peliharalah solat fardhu lima waktu
-Memperbanyakkan doa

2.Agar doa makbul
-Hindarkan perut dimasuki barang haram
-Harus khusyuk dan serius untuk beribadah
-Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan

contoh:
* Satu pertiga malam yang akhir
* Hari jumaat dan malamnya
* Bulan ramadhan terutamanya malam lailatul qadar
* Hari a’rofah
* Khatam quran
* Setelah mendengar azan
* Di antara dua khutbah jumaat

-Bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dengan gigih

EXAM OH EXAM!!

Persediaan Pada Hari Peperiksaan
-Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.
-Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji
-Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.
-Tidur Dengan Cukup

Menjelang Hari Peperiksaan
-Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
-Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.
-Pastikan Anda Tiba Awal
-Elakkan Dari Berbual Kosong
-Pastikan Semua Keperluan Cukup

Persediaan Emosi
-Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
-Menjaga Hati Ibu Bapa
-Tidak Bercinta
-Terlalu Yakin
-Prasangka Negatif Kepada Orang Lain

Persediaan Fizikal
-Mengutamakan Kesihatan Badan
– Tidak Tidur Larut Malam
– Menjaga Keselamatan Diri
– Makan Makanan Secukupnya
– Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari

Persediaan Mental
-Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
-Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan
-Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan

6 ADAB MENUNTUT ILMU

Seorang dari tabi’ut tabiin, Abdullah ibnu Mubarak rahimahullahu ta’ala telah menyatakan bahawa terdapat 6 adab dalam menuntut ilmu, iaitu:

  1. Niat yang baik. Ikhlaskan niat kerana ALLAH Ta’ala.
  2. Pendengaran yang baik.
  3. Fahamkan ilmu yang didengar. Jangan biarkan diri dalam kemusykilan. Bertanya jika tidak faham.
  4. Ingat.
  5. Beramal dengan ilmu yang diperolehi.
  6. Menyampaikan.


Rabu, 11 Mei 2011

from millatfacebook...

yusoff salleh
yusoff salleh menulis di Mei 1, 2011.

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :" Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT ".
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj
Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong".

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.


Dipetik dari:


http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=Foru...

Sabtu, 30 April 2011

from millatfacebook


akulah wanita

yang paling bahagia

karena aku begitu berharga

dan begitu dicintai

aku tak perlu berlomba

berhias diri dan menebar pesona

kepada lelaki buaya

cantikku adalah takwa

bukan bergaya menggoda

indahku adalah akhlak mulia

bukan berbusana terbuka

aku tak perlu risau

ketika usia tak lagi muda

karena cantikku tak akan pudar

tak seperti make-up tebal

karena itulah, aku berbahagia

Rabu, 27 April 2011

aPA KATA haRi nee????

ASSALAMUALAIKUM....

rasa xselesa plak bila dah lama x buat coretan dlm blog nee...
hmpir sebulan x update...huhuhhu.

hari nee sy mula baru dpt rasakan yg masa 24 jam itu xcukup buat
saya.....huhuhu..rsa perit sekali.... semua keja di buat last minit dan akhirnya semua xsiap sepenuhnya...emm...nee semu slh
diri sendiri....dan
myB nee semua balasan yg ALLAH berikan
pda saya...
Dan hari nee juga,, jadual exam dah kuar..
rsa semangat nk ambk exam..nee...hihihihi
tp...Aisah rsa cedih jgk..np nk dekat exam .. uda
Aisah makin malas....Aisah x hargai masa yg aisah ada....
adakah itu ujian jgk utk Aisah???
bgmna Aisah nk hadapi kemalasan itu?


YA ALLAH BERILAH HAMBAMU KEKUATAN..KEKUATAN
UNTUK MELAWAN NAFSU MALAS...JGN LAH ENGKAU BIARKAN HAMBA MU
INI TERUS BERADA DALAM PENGUASAAN NAFSU...DAN TIDAK
ADA KEUPAYAAN UNTUK BANGKIT KEMBALI..DAN JANGANLAH ENGKAU BIARKAN
HAMBAMU INI TERLENA WALAUPUN SEKETIKA..BERIKAN LAH KEKUATAN
PADA DIRIKU N SAHABAT-SAHABAT KU YANG TURUT SAMA BERJUANG
DLM MENUNUTU ILMU MU INI..AMIN...

Ahad, 24 April 2011

Tiga Hal

3 hal dalam hidup yg tak bisa kembali lagi, yaitu:

1. waktu

2. kata-kata

3. kesempatan


dan 3 hal yg dapat menghancurkan hidup seseorang:

1. kemarahan

2. keangkuhan

3. dendam


namun 3 hal yang tak boleh hilang dr seseorang:

1.harapan/obsesi

2.keikhlasan

3.kejujuran


serta 3 hal yg paling berharga:

1.kasih sayang

2.teman dan sahabat

3.kebaikan


kemudian lg, 3 hal dalam hidup yg tdk pernah pasti yakni:

1.kekayaan

2.kesuksesan

3.mimpi


dan jg 3 hal membentuk karakter seseorang:

1.komitmen

2.ketulusan

3.kerja keras


Rabu, 13 April 2011

iSlaM

What is ISLAM ?

Islam is peace.
Islam is ease.
Islam is beautiful.
Islam is successful.
Islam is harmony.
Islam is unity.
Islam is purity.
Islam is sanity.
Islam is love and prosperity.
Islam is one in unity.
Islam's not hatred or adversity.
Islam is not rivalry and enmity.
Islam is true salvation.
Islam is repentance.
Islam means no harm or affliction.
Islam implores you with affection.
Islam is giving Allah all praise.
Islam is for all place.
Islam respects all race.
Islam suits all phase.
Islam is worshipping only the Creator.
Islam is submission and surrender.
Islam is not meant for Dictator.
Islam is not a terrorist or for a pretender.
Islam is patience and perseverance.
Islam eases your vengeance through tolerance.
Islam is a way of life for eternity.
Islam gives you respect and dignity.
Islam is winning hearts through honesty.
Islam is sincerity in charity.

buah manis

seorang pemuda miskin, tak tampan dinikahkan dengan seorang gadis cantik nan sholehah karena kejujurannya....


subhanallah


buah manis kejujuran membawa berkah


kemanapun orang jujur akan selalu akan mendapatkan kebahagian InsyaAllah


hal pertama bagi kita adalah jujur pada diri kita sendiri, bagaimana kita dapat berinteraksi dengan orang lain sedang kita tak pernah jujur pada diri kita sendiri, bagaimana boleh kita beribadah dengan khusyuk sedang kita tak jujur pada diri kita sendiri


sekali kita berbohong, maka kebohongan yang lain akan terus mengikuti kita, lambat laun ketika waktunya telah datang kebohongan itu terbongkar semuanya...semua orang tak akan pernah lagi percaya pada kita


sedang orang yang jujur, kemanapun ia pergi buah manis dari kejujurannya akan dipercaya semua orang


semoga kita dapat jujur pada diri kita sendiri