bismilah

Selasa, 30 Julai 2013

Perkongsian Dari Fb

Tanya Diri ~~


Sebagian kaum lelaki berkata :"Betapa sulitnya menemukan Wanita Sholehah di zaman sekarang."

Sebagian kaum wanita juga berkata :"Betapa susahnya mencari Lelaki Sholeh di
masa sekarang."

Hemm...Mungkin pernyataan diatas ada benarnya juga walaupun tidak sepenuhnya benar,Kenapa?

Karena alangkah baiknya kalau pernyataan tersebut kita tujukan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum diucapkan kepada orang lain.

"Sudah menjadi Lelaki baikkah diriku? Sudah menjadi Lelaki sholehkah diriku?"

"Sudah menjadi Wanita baikkah diriku? Sudah menjadi Wanita Sholehahkah diriku?"

Begitulah seharusnya kita bertanya.
Kadang kita terlalu sibuk untuk menilai orang lain sehingga kita lupa untuk menilai diri sendiri.

Kadang kita terlalu sibuk MENCARI sosok yang baik.
Kadang kita terlalu sibuk MENCARI sosok yang menurut kita Sholeh atau Sholehah.
Sehingga kadang kita sendiri lupa untuk berusaha MENJADI sosok yang Sholeh atau
Sholehah.

Muncul satu pertanyaan..sudah pantaskah kita berharap untuk bisa mendapatkan sosok yang Sholeh atau Sholehah? Jawabannya berpulang pada diri kita masing-masing.

Jangan terlalu bermimpi mendapatkan Wanita Sholehah kalau masih belum mampu menjadi Lelaki Sholeh.

Jangan bermimpi mendapatkan Lelaki Sholeh kalau belum mampu menjadi Wanita Sholehah.

Tak perlu bersusah payah untuk MENCARI yang Sholeh atau Sholehah.
Tapi MENJADILAH Sholeh atau Sholehah terlebih dahulu.

Karena apa? Karena ALLAH telah menyiapkan pasangan yang sesuai dengan jati diri kita.

Yang sesuai dengan kepribadian kita.
Yang sesuai dengan kadar keimanan dan ketakwaan kita.
Yang sesuai dengan potret kita sendiri.
Ingat,lelaki baik untuk wanita yang baik,begitu juga sebaliknya.

Itulah ketetapan ALLAH yang sudah pasti kebenarannya!
Masih mau menunggu apa lagi?

mari kita memulai dari diri sendiri dahulu untuk menjadi baik.
Tak perlu menunggu orang lain menjadi baik.dan tak perlu terlalu sibuk untuk menilai orang lain yang pada akhirnya kita lupa untuk menilai diri sendiri.

Rabu, 17 Julai 2013

from millatFacebook..



by:  Nur Syah Miqai

DIA hanya seorang pemuda kumuh yang lurus bendul. 

Matanya jernih seperti matahari, walaupun warna kulitnya sedikit hitam. Di kampung kami yang dipisahkan sebuah sungai, dia selalu menjadi bahan jenaka, walaupun untuk suatu perkara yang dilakukannya dengan penuh keikhlasan. Jika ada sesiapa yang hendak mencarinya di kampung kami, orang selalu menghalakan jari telunjuk ke arah sebuah masjid, tidak jauh dari rumah Imam Rawatib yang hampir setiap malam memeriahkan masjid dengan kelas mengaji al-Quran kepada anak-anak muda yang masih mencari cahaya di kampung kami.
Adakalanya dia membersihkan kawasan masjid sepanjang hari. Memotong rumput yang mula meliar di sekeliling halaman masjid, atau mengutip dedaun yang gugur dari sebatang pohon hanya beberapa meter sahaja jaraknya di sebelah kanan masjid, betul-betul tumbuh melangit dan merimbun di pertengahan jalan antara masjid dan rumah Imam Rawatib yang sentiasa di sinari cahaya sepanjang malam.
Dia selalu mengutip dedaun itu sehelai demi sehelai sebaik sahaja selesai solat subuh, ketika semua jemaah meninggalkan masjid kecuali Imam Rawatib yang selalu mengingatkannya supaya menutup lampu yang biasanya masih menyala di tengah ruang masjid. Kemudian dia mengunci pintu pagar masjid apabila hendak meninggalkan masjid. Dia mengutip dedaun itu dengan penuh pasrah dan ketulusan seolah-olah seorang hamba yang membersihkan rumah tuannya dengan segala ketaatan dan curahan kasih sayang.
Biasanya juga, dia mengutip dedaun itu dan membersihkan sekeliling masjid sehingga matahari mulai meninggi, kemudian turun di pangkal senja dan bayang-bayang pohon menutupi kubah masjid yang sederhana besar itu. Jika angin kuat bertiup kencang sepanjang hari, dedaun kering yang terlepas dari pangkal dahan biasanya melayang-layang dan sebahagiannya jatuh betul-betul di bahagian hadapan halaman sebelah kanan masjid. Lalu pemuda itu seperti biasa membersihkannya selepas solat zuhur, dan sekali lagi selepas solat asar sehinggalah hari merapat pada gerbang malam.
Kata Imam Rawatib, dia sebenarnya seorang pemuda yang baik. Jauh lebih baik daripada semua pemuda yang ada di kampung kami yang dipisahkan oleh sebatang sungai yang sentiasa mengalir tenang sepanjang musim. Walaupun dia sering menjadi bahan gurauan, terutama dalam kalangan pemuda yang sebaya atau orang-orang tua, termasuk Imam Rawatib kampung kami, tetapi kebaikannya mengambang seperti bulan penuh atau seperti permaidani lembut yang terhampar di sekeliling masjid kampung kami.
"Kamu ni Osama," kata Imam Rawatib pada suatu hari berbaur tawa, ketika tidak dapat menahan geli hatinya, "Hanya tahu membaca alif, ba, ta saja. Itu saja yang kamu tahu" sambung Imam Rawatib bila pemuda itu tergagap-gagap membaca ayat al-Quran yang diajarkannya.
Pemuda itu tersengih polos, sambil menggaru kepala yang tidak gatal, tetapi itulah yang berlaku hampir setiap hari. Entah mengapa mulutnya begitu sukar menyebut ayat al-Quran yang diajarkan Imam Rawatib pada setiap pangkal malam. Mungkin keupayaan kognitifnya sangat rendah, atau mungkin ada sebab musabab lain yang dirahsiakan Tuhan kepada pengetahuan semua orang. Namun demikian, semua orang tahu, bukan pemuda itu tidak mencuba hendak membaca dengan betul. Dia sudah mencuba, berpuluh-puluh kali, hingga menjangkau ratusan, ribuan, puluhan ribu, dan ratusan ribu tetapi setakat itulah sahaja kemampuannya. Alif Ba, Ta dan itulah takdir Tuhan yang sukar diterima dan makin membekas dalam hatinya.
Adakalanya dia hendak menangis kerana tidak dapat membaca al-Quran seperti orang lain. Apabila mendengar orang lain membaca ayat al-Quran dengan baik, dia selalu menjadi sebak dan malah, mengalirkan air mata. Begitu tinggi hasrat dan cita-citanya hendak membaca ayat al-Quran, tapi apakan daya. Kadang-kadang selepas penat memotong rumput di halaman masjid, dia membersihkan diri di tempat berwuduk dan kemudian duduk seketika di hujung tangga masjid, sebelum masuk ke dalam ruang masjid, mengambil kitab suci al-Quran yang selalu diletakkan di sebuah almari kaca di sebelah kanan tidak jauh dari mimbar masjid.
Dia akan merenung kitab suci al-Quran itu dengan satu pandangan yang tidak berkelip. Membelek-beleknya satu persatu, dengan hati berbunga ketika jari telunjuknya menyentuh ayat al-Quran itu dari satu ayat ke satu ayat yang lain. Malangnya dia memang tidak dapat menyebutkan, apatah lagi membaca ayat al-Quran itu dengan baik. Mulutnya terkumat-kamit, tetapi hanya setakat itu sahaja kemampuannya dan ketika itulah air mata jernih tergenang di kedua kelopak matanya.Dia kemudian meletakkan semula kitab suci al-Quran itu di tempat asalnya, lalu berdiri dan melangkah ke bahagian luar masjid, melihat halaman masjid yang sudah dibersihkannya, kemudian melihat sungai yang berjarak hampir satu meter dari sebatang jalan yang memanjang di hadapan masjid dan memisahkan kampung kami dengan warga yang tinggal di seberang sungai.
Jika ada sesiapa hendak menyeberangi sungai itu, biasanya mereka menggunakan perkhidmatan perahu penambang yang berulang alik beberapa kali setiap hari dan adakalanya perkhidmatan perahu itu berakhir sebelum solat maghrib dan kebiasaannya sebelum solat isyak. Tidak ada lagi perkhidmatan perahu penambang yang menghubungkan penduduk kampung kami dengan penduduk kampung seberang, selepas waktu itu, kecuali atas sebab-sebab kecemasan atau sebab lain, misalnya berkaitan lawatan wakil rakyat di kampung kami, yang biasanya semakin kerap menjelang pilihan raya.
Wakil rakyat ini jarang muncul jika tidak ada pilihan raya, malah kebiasaannya beberapa bulan sebelum ura-ura Dewan Undangan Negeri dibubarkan, maka datanglah wakil rakyat ini atau sesiapa sahaja yang hendak mencalonkan dirinya untuk menjadi wakil rakyat mempamerkan wajah manis, dan lebih manis daripada wajah pemuda lurus bendul yang hanya tahu mengucapkan alif ba ta serta rajin membersihkan kawasan masjid kampung kami itu.
Dia masih merenung sungai itu sambil mengesat sisa air matanya. Dia kemudian turun kembali ke kawasan halaman masjid, mengutip lembar dedaun yang luruh di kawasan masjid. Setiap hari ada sahaja dedaun yang luruh di kawasan halaman masjid, malah tidak pernah, walau sehari pun, dedaun tidak berguguran di kawsan halaman masjid kampung kami. Walau pun angin tidak bertiup kencang, atau tidak bertiup langsung, tetapi sentiasa ada dedaun tertanggal dari tangkainya dan berpisah abadi dari pohon yang menghadiahkan kehidupan sementara bagi jasad hijau mudanya. Tidak ada kehidupan yang abadi, dan dedaun itu adalah perlambangannya.
Namun pemuda itu selalu berduka mengenangkan hidupnya. Dia selalu berfikir, bagaimana dia harus mengisi kehidupan yang sangat sementara itu dengan sesuatu yang bermakna jika dia tidak tahu membaca al-Quran walau pun seayat? Bagaimana? Dadanya kembali sebak. Ketika itulah dia mengimbangi sebak yang menyesak dalam dadanya dengan mengutip dedaun yang berhamparan di halaman masjid kampung kami, lalu mengumpulnya di suatu tempat khas di luar kawasan halaman masjid, membakarnya seminggu sekali seperti arahan Imam Rawatib kepadanya. Dia tidak pernah mengingkari arahan itu, sehingga Imam Rawatib semakin menyayanginya, walaupun adakalaya dia tergelak mendengarkan pemuda itu membaca ayat al-Quran dengan sebutan dan pelat lidah yang sama sekali lari daripada hukum tajwid dan lagu nahwan atau resam othmani yang diketahuinya.
"Kamu ni Osama," sekali lagi dia menyembunyikan geli hati di bawah lidah, sambil matanya berair menahan tawa, "bukan begitu cara bacaannya" sambungnya.
Rakan lain pemuda itu yang sama-sama mengaji al-Quran di masjid kampung kami turut ketawa. Malah ketawa mereka selalu tidak berakhir di situ, sebaliknya muncul semula di tempat lain, di luar halaman masjid atau ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Biasanya pemuda itu diejek, dan dipermainkan sepanjang jalan pulang, sehingga adakalanya dia berjalan lambat-lambat, sengaja meninggalkan diri jauh di belakang.
"Alif Ba Ta. Alif Ba Ta. Alif Ba Ta!" ejek rakan-rakannya beramai-ramai bersulam tawa yang penuh penghinaan, dan dia terus mendengar usikan itu sepanjang jalan. Namun ironinya, dia tidak pernah berkecil hati dengan usikan dan ejekan mereka. Sebaliknya dia hanya tersenyum polos, seolah-olah usikan dan ejekan itu tidak berbekas sedikit pun di hati dan wajah malaikatnya.
"Dia benar-benar malaikat, yang lahir di dunia ini dengan segala kedunguan" bisik hati Imam Rawatib pada suatu hari, apabila mendengarkan pemuda itu bersungguh-sungguh membaca ayat al-Quran sambil duduk di hadapan mimbar seorang diri dan tanpa menyedari kehadirannya. Lama Imam Rawatib memerhatikan pemuda itu dari satu sudut masjid dan akhirnya hatinya luruh seperti hendak menangis ketika mendengarkan sebutan dan pelat lidah pemuda itu yang tergagap-gagap dan sukar dibetulkan sewaktu menyebutkan huruf "Alif Ba Ta,". Dia menyebutkan dengan nada suara keras yang sumbang.
Walau bagaimana pun hanya itulah yang dapat dilakukannya sesuai dengan pemberian Allah terhadapnya. Hanya itu sajalah!
Namun demikian, suatu hari pemuda itu seolah-olah tidak percaya apabila Imam Rawatib mendekati pemuda itu dengan tangan seperti memegang sesuatu tetapi disembunyikan di belakangnya. Dahi pemuda itu berkerut. Dia pelik dengan tingkah lakunya yang tidak pernah dilihat pemuda itu selama dia mengenali imam yang selalu mengimami solat berjemaah di masjid kampung kami itu. Pemuda itu kemudian tersenyum polos dan menggaru kepalanya.
"Hari ini, hari jadi kamu bukan?" soal Imam Rawatib itu.
Pemuda itu tersengih jujur.
"Hari jadi kamu bukan, Osama?" soalnya lagi.
Pemuda itu mengangkat kedua belah bahunya, menunjukkan isyarat bahawa dia tidak mengetahuinya. Imam Rawatib itu tersenyum ramah.
"Nah!" katanya kemudian sambil menghulurkan sesuatu kepada pemuda itu, "Hadiah saya, sempena hari jadi kamu. Hari ini hari jadi kamu" Imam Rawatib memberitahunya ikhlas.
Pemuda itu menghulurkan tangan menyambut hadiah yang diberikan Imam Rawatib dengan wajah selamba. Dia kemudian merenung hadiah itu. Dibukanya perlahan-lahan bungkusan kertas yang menyembunyikan sesuatu yang tidak diketahuinya. Namun sebaik-baik sahaja yang terserlah daripada bungkusan itu adalah senaskah al-Quran yang cantik, wajah pemuda itu tiba-tiba berubah hiba. Dia hendak menangis. Dia tidak pernah menerima hadiah seindah dan semahal itu dalam kehidupannya. Apakah yang lebih berharga di dunia ini selain daripada senaskah al-Quran? Dia tahu itu dan meyakininya, walau pun dia hanya tahu membaca Alif, Ba Ta.
Imam Rawatib pernah memberitahunya, al-Quran adalah pedoman hidup manusia sepanjang hayat. Dalam al-Quran itu termeterai hikmah kasih sayang, pengajaran dan tamsil, hukum dan syariat. Dia tahu semua itu, walaupun dia tidak tahu membacaanya, kerana Imam Rawatib selalu mengajarkan fadilat dan hikmah kitab suci itu hampir pada setiap pangkal malam sebelum sesi mengaji al-Quran atau sekali lagi semasa majlis tazkrah selepas solat subuh setiap hari Jumaat yang dianggap sebagai penghulu segala hari itu. Dia tahu. Sebab itu dia sentiasa berazam hendak mempelajari atau membaca al-Quran. Dia mesti tahu, meski pun sentiasa mendapat ejekan dan usikan kawan-kawannya.
"Alif Ba Ta!"
Dia tersenyum.
"Alif Ba Ta!"
Dia ketawa polos.
"Alif Ba Ta!"
Dia tetap riang memotong rumput yang memanjang atau membersihkan dedaun kering yang bertaburan di halaman masjid, meski pun kawan-kawannya asyik mentertawakannya.
"Ah! Pemuda ini," seperti kata Imam Rawatib suatu hari kepada jemaah tazkirahnya, "malaikat dungu, yang tidak pernah menyimpan di hatinya walau sekelumit rasa benci, atau marah atau sebutir pasir dendam sekali pun. Tidak pernah! Dia hanya tahu tentang kebaikan dan kasih sayang. Dia tahu al-Quran itu adalah imamnya, walau pun dia tidak tahu membacanya. Pemuda ini adalah contoh yang terbaik apabila bercakap tentang kecintaan seorang hamba terhadap wahyu-Nya yang terhebat kepada manusia" sambungnya.
Semua orang yang menghadiri tazkirah Imam Rawatib tertunduk malu, dan tersipu-sipu, kerana tidak ada seorang pun antara mereka yang mencintai al-Quran lebih daripada cinta Osama terhadap wahyu dan mukjizat Allah yang tidak ada tolok bandingnya itu.
Sehingga suatu malam, ketika dingin meruap di seluruh wilayah perkampungan kami, Osama mendapat tahu daripada Imam Rawatib bahawa suatu majlis khatam al-Quran akan dilangsungkan di rumah ketua kampung tanah seberang. Osama benar-benar teruja menghadiri majlis khatam al-Quran di kampung tanah seberang itu. Dia mesti menghadirinya. Dia bertekad dalam hati. Walau apa pun halangannya dia mesti pergi ke tanah sebarang. Melihat dan mendengar dari dekat majlis khatam al-Quran itu, tetapi entah bagaimana dia terlambat menaiki perahu penambang terakhir ke kampung seberang. Tidak ada lagi perahu penambang berikutnya ke kampung seberang. Sebabnya ialah dia disekat dan diusik kawan-kawannya sepanjang jalan, tetapi dia tidak berputus asa. Tekadnya hanya satu hendak mendengar orang khatam al-Quran. Dia juga sudah berazam, jika dia sudah tahu membaca al-Quran, dia juga hendak khatam al-Quran seperti anak perempuan ketua kampung di kampong tanah seberang itu. Mesti!
"Aku mesti pergi ke kampung tanah sebarang dan menghadiri majlis khatam al-Quran yang menjadi penghulu dan ibu kepada segala kitab itu" bisik hati Osama sendiri, seolah-olah hanya dirinya sahaja yang dapat memberikan motivasi kepada kehendaknya yang meluap-luap dalam mencintai al-Quran itu.
Malangnya, ketika dia sampai di pangkalan, perahu penambang terakhir yang hendak dinaikinya sudah pun berlepas. Cahaya lampu suram di pangkalan, sesuram hatinya. Buat pertama kali dalam hidupnya dia merasa perasaan kecewa yang amat sangat dalam dirinya. Dia memandang perkampungan sebarang yang berkilauan dengan cahaya menerobos keluar dari jendela dan pintu rumah yang terbuka.
Dia mundar mandir di sepanjang pangkalan, dengan harapan dapat melihat sebuah perahu penambang menghampiri pangkalan. Ketika itu juga kawan-kawan yang mengejek dan mengusiknya sebelum itu tiba-tiba muncul di kawasan pangkalan dan menghampirnya.
"Alif Ba Ta, kamu terlepas perahu ke kampung seberang?" Tanya mereka masih bersulam ejekan.
"Ya, aku hendak ke seberang" dia menjawab polos seolah-olah tidak ada apa yang berlaku di antara dia dan kawan-kawannya.
"Bagaimanakah aku hendak pergi ke seberang?" soalnya lagi.
Kawan-kawannya ketawa.
"Senang sahaja" jawab kawan-kawannya.
"Apa dia?" soalnya sungguh-sungguh dengan wajah yang bercahaya.
Kawan-kawannya terus ketawa, sarat ejekan.
"Sebut sahaja, Alif Ba Ta, kamu mesti boleh berjalan di atas air ke kampung seberang"
Mereka ketawa lagi.
"Ya?"
"Ya, betul cubalah. Kamu mesti boleh berjalan di atas air"
Wajah Osama bercahaya dan cahaya itu seolah-olah menghiasi malam di perkampungan kami. Dia betul-betul yakin dan percaya bahawa dengan menyebut Alif Ba Ta sahaja, dia akan dapat berjalan di atas air ke kampung tanah seberang.
Dia gembira, meski pun kawan-kawannya terus mentertawakan.
"Si bodoh dungu dan lurus bendul itu pasti tenggelam ke dalam sungai" bisik salah seorang kawannya, kepada kawannya yang lain. Kemudian mereka kembali ketawa. Sehingga bau busuk ketawa mereka mengitari kawasan pangkalan perahu di perkampungan kami.
Osama kemudian perlahan-lahan melangkah turun ke pangkalan. Dengan penuh keyakinan mulutnya tidak putus-putus menyebutkan Alif Ba Ta. Pada ketika yang sama dia terus melangkah. Melangkah dan melangkah, sehingga kaki kanannya mula mencecah air. Dia terus melangkah ketika itulah kawan-kawan yang mengejek dan mengusiknya berhenti ketawa. Ada sesuatu yang aneh berlaku di permukaan sungai. Seluruh kawasan pangkalan perahu di perkampungan kami itu sunyi sepi, seperti disambar garuda. Senyap sepenuhnya.
Ketika itu juga, Osama terus melangkah semakin pantas di permukaan air, seolah-olah dia berjalan di atas tanah ke tanah seberang. Maha Besar Allah terhadap semua kejadian yang dikehendaki-Nya.
Attachments
Alif Ba Tahttp://mymfb.com/core/redirect/url_eNortjIztVLKKCk...
DIA hanya seorang pemuda kumuh yang lurus bendul. Matanya jernih seperti matahari, walaupun warna kulitnya sedikit hitam. Di kampung kami yang dipisahkan sebuah sungai, dia selalu menjadi bahan jenaka

Jumaat, 28 Jun 2013

Hargai Sahabat

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..syukur  masih di beri kesempatan utk membuat catatan..
hari ini xda apa yg ingin di kongsikan.. cuma nak merungkaikn..
peristiwa yg telah membuat sy berfikir panjng memgenai seseorg..
yg merupakan shabat baru saya..
wlaupun baru setahun m'genalinya... kami seperti nya  telah lama berkawan..
ukuwah yg di jalin terasa nikmat keberkatan dari Nya...

Hari ini sy trima 1 mesej dari DIA,,
DIA tiba2 meminta Nasihat dan teguran atas keburukan yg telah DIA lakukan
sepnjang persahabtan kami terjalin...

ALLAH.. sy rsa sebakk sngt.. kerna pd saya xda keburukn yg sy lihat dari  diri DIA..
kerna sapa shaja yg bergelar SAHABAT .. xda kebrukan pd diri mereka..
x selayaknya sy nk mnilai kebrukan seseorng.. krn diri sy sendiri  tidak dapat di HISAB
apatah lagi org lain.. itu semua kerja ALLAH.. x pantas utk ambil ahli kerja Tuhan..

Sebelum itu, sy merasakan layak kah sy menilai diri DIA berdasarkan apa yg sy lihat sja.
perlukah sy bgi tau bhawa suatu sifatnya itu buruk..??
Sempurnaka diri sy pada pandangan orang lain ini utk m'gatakan sedemikian..
sewenangnya meletakn nilai buruk dan m'cari kesalahan pd kelakuan seorang..
Jelas sekali jika sy m'buat demikian sy  sendiri
telah melihatkan kebaikan dan kesempurnaa yg amat diragui..
Melihat hadis ini membuat kn sy..merasa malu dengan Rasulullah saw..

Rasulullah Saw, bersabda:
“Janganlah kalian saling iri - dengki, dan janganlah saling dendam, dan janganlah saling mencari-cari kesalahan. Jadilah kalian sebagai saudara, seperti yang telah diperintahkan Allah Ta’ala.”

Oleh sebab itu, kita sebagai seorang sahabat apabila sahabat kita ingin kn teguran..
berikan lah dgn berhikmah.. agar apa yg kita ingin katakn
 DIA boleh trima dgn senang hati..  nasihatkan DIA seperti
mana kita menganggap DIA adlh diri kita.. m'beri teguran atas dasar kasih sayang kita kpd DIA
kerana ALLAH.. in shaa ALLAH.. dengan ikhlas hati DIA akn terima teguran dan nasihat dari kita..


Ingatlah sesuatu nsihat mahupun teguran yg berhikmah  itu boleh melakukan suatu perubahan,.
in shaa ALLAH..
Mungkin yang buruk itu x selamanya akan buruk dan yang jahat itu xkan terus kekal jahat..
kerana fitrah seorang manusia itu suka akan kebaikan.. mustahil suatu hari nnt yg buruk itu jauh lebih baik dari yang terbaik..  =)

Apa-apa pun sebagai seorang Hamba ALLAH kita mesti sentiasa muhasabah diri..
dan proses utk sentiasa memperbaiki diri di samping itu mengajak orang lain...
Hargai seorang Insan yg Bergelar seorang sahabat.. yang hadir dalam hidup kita
kerana DIA juga merupakan sebahagian kenangan yang sangat bermakna...
di dalam coretan kehidupan ..

kepada SAHABAT sy yg membaca entry nee..
sy mau bagit tau kamu yg sy sangat sayang kan kamu kerana ALLAH..
maaf kan sy jika spanjang persahabatan kita sy ada membuat salah dan silap
yang tidak di sedari... "ukhuwah till jannah"




Ahad, 23 Jun 2013

Malam Nisfu Sya'ban

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


"Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya,

 dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia
 ketika matahari terbenam dan berfirman:
“Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? 
Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? 
Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? 
Adakah di sana adakah di sana? sehingga terbit fajar.
”(Riwayat ibn Majah) 



Antara kebaikan dan kelebihan beribadat dalam bulan Syaaban ialah:

1).  Barang siapa berpuasa tiga hari pada awal bulan Syaaban, tiga hari pada pertengahan, dan tiga hari pada akhir bulan Syaaban akan mendapat pahala seperti 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.

2).  Doa orang-orang yang beriman akan dimakbulkan.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha." (Riwayat: Abdullah Umar)

3).  Mohonlah keampunan pada malam Nisfu Syaaban kerana pada malam itu pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka.
 Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini , pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba’, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.

" Begitulah sedikit sebanyak kebaikan,keistimewaan dan kelebihan bulan Syaaban. Marilah kita tingkatkan amalan kita dan rebutlah peluang yang ada.

sumber: JAKIM dan  IKIM

Sabtu, 15 Jun 2013

perkongsian dari facebook

CINTA, Sentiasa Ada Sepanjang Waktu


50 tahun yang lepas ...
Ketika si dia melamar isterinya, si dia berkata: “Percayalah padaku Sayang…InsyaAllah aku akan jadi penjagamu, sentiasa ada untukmu dan jadi lah yang HALAL buatku”


40 tahun yang lepas ...
Ketika isterinya melahirkan khalifah pertamanya, ia berkata padanya: “Terima Kasih Sayang kerana Sanggup Berkorban Untuk Suamimu….”



20 tahun yang lepas ...
Di hari khalifah mereka mendirikan rumahtangga, jari jemarinya menggenggam erat jari jemari isterinya dan berkata: “Sayang Masih Ada Abang”..

Setahun yang lepas ...
Sewaktu si dia mendapat tahu si isteri berada dalam keadaan sakit yang kritikal, tidak pernah sesekali si dia jauh dari isterinya, sentiasa ada di samping si isteri sambil membelai-belai si isteri, mencium isteri dan mendakap si isteri sehingga isteri nya lena. Si dia berkata “ Abang akan sentiasa di samping mu.”
Dan Hari ini, isterinya telah pergi ...
Dia menahan air mata mencium kening isterinya dan berkata: “Abang akan sentiasa akan kirimkan doa buat mu sayang, tunggu abang…..”
Sepanjang hidup ini, ia tidak pernah mengatakan kepada isterinya, "Aku mencintaimu",
Namun cintanya, tidak pernah hilang.
Cinta sejati adalah sebuah tindakan, bukanlah hanya bahasa.
Lebih baik mencintai sepenuh hati dengan perbuatan daripada mengatakan "I love you" seratus kali.


♥ Mohon semua LIKE Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslimuntuk TIPS/DOA/PETUA SUAMI ISTERI/RUMAHTANGGA BAHAGIA ♥

Jumaat, 14 Jun 2013

Diari Menjadi Teman Ke2

Assalamualaikum..

Hari ini Allah Izin utk sy .. mengupdate blog nee..
mgkin dek kerna ada teman ke2 m'buat kn sy x b'kesempatan utk mnulis...
kisah sy mahupun perkongsian sy..dlm blog ne..

Mungkin kerna teman ke2 nee sntiasa ada di blik dan dekat bila sy perlukan..
sgala yg sy lihat, sy  rasai sy...dan yg ingin sy kongsikn.. hny perlukan
sebatang pena dan Teman ke2 sy utk di lakar kn sebuah coretan yg
mempunyai makna tersendiri...

Hari nee... sy wat perubahan sedikit dgn blog sy...
sebelum nee..sy memakai tema wrna pink...
kli nee plak sy plih hijau..
nmpak nya citarasa sy smakin mtang kn...

k..la..itu sja yg ingin sy coretkn pd blog...jika ada masa yg t'luang inshaaALLAH..
akn ada lagi entry yg terbaru... biasanya nk update blog nee..jgk perlukan... mood yg sesuai
spy..apa yg d smpaikn nee x lah m'jdi bahan merapu saja...biarlah ia sbgai bahan yg d bca ..dan beri manfaat pd pembaca..... =)

Ahad, 27 Januari 2013

Rezeki Dari ALLAH =)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Alhamdulillah... Alhamdullilah..
Selayaknya utk mu...ALLAH.. terima kasih ALLAH ats rezeki yg telah limpahkn pda sy..
pda jumaat lalu Aisah dpt tawaran smbung belajar peringkat ijazah kat UUM..
syukur sngt..hajat dlm hati Aisah selama 8 bln nee ALLAH perkenankan...

rasa sebakk sngt time dpt surat twrn..nee... hny air mata yg dpt mengungkapkn perasaan yg Aisah rsakan..
Time tu...tiada Aisah ingt m'lainkn ALLAH yg Maha Kuasa.. Yang tidak penah Tidur.. dan terus menerus menguruskn Makhluknya...Dia lah yg sentiasa m'dengr rintihan hamba2NYA... dan m'makbulkn.. doa..hamba2Nya..

Aisah tau Anugerah ini...Adalah 1 ujian dri NYA.. utk Aisah..
semoga Aisah xpenah lalai dlm sntisa mengingati NYA....
InshaaALLAH semoga rezeki ini Aisah manfaat kn..utk diri Aisah dan utk ISLAM..

Namun, keputusan utk trima twrn ini blum dpt di pastikan..
Aisah masi tidak punya jwpan ..yg btul2 comfirm...
inshaaALLAH Aisah masi dlm proses istikharah.... mohon ptunjuk driNYA..


jika twran ini baik utk Aisah semoga ALLAH tetap kn Hati utk menerimanya..
dan dipermudahkn segla urusan spnjang Aisah stdy kat sna kelak..
dan paling penting smoga Aisah di beri kekuatan agr sentiasa b'syukur           `                                                     dan b'sabar  dlm m'hdapi ujian yg m'datang..
namun...

seandainya..Twran nee..tidak baik utk Aisah.. mohon agr ALLAH.. beri ptunjuk pda AISAH..
agar Aisah dpt menolaknya..dgn rela dan senag Hati... spy Aisah tidak m'yesal di msa akn dtng....
dengan melepaskan twran ini... semoga ada yg lebih baik..yg telah rancng kn ..utk AIsah..

"YA ALLAH KEBERGANTUNGAN KU HNY PADA MU"