bismilah

Sabtu, 15 Jun 2013

perkongsian dari facebook

CINTA, Sentiasa Ada Sepanjang Waktu


50 tahun yang lepas ...
Ketika si dia melamar isterinya, si dia berkata: “Percayalah padaku Sayang…InsyaAllah aku akan jadi penjagamu, sentiasa ada untukmu dan jadi lah yang HALAL buatku”


40 tahun yang lepas ...
Ketika isterinya melahirkan khalifah pertamanya, ia berkata padanya: “Terima Kasih Sayang kerana Sanggup Berkorban Untuk Suamimu….”



20 tahun yang lepas ...
Di hari khalifah mereka mendirikan rumahtangga, jari jemarinya menggenggam erat jari jemari isterinya dan berkata: “Sayang Masih Ada Abang”..

Setahun yang lepas ...
Sewaktu si dia mendapat tahu si isteri berada dalam keadaan sakit yang kritikal, tidak pernah sesekali si dia jauh dari isterinya, sentiasa ada di samping si isteri sambil membelai-belai si isteri, mencium isteri dan mendakap si isteri sehingga isteri nya lena. Si dia berkata “ Abang akan sentiasa di samping mu.”
Dan Hari ini, isterinya telah pergi ...
Dia menahan air mata mencium kening isterinya dan berkata: “Abang akan sentiasa akan kirimkan doa buat mu sayang, tunggu abang…..”
Sepanjang hidup ini, ia tidak pernah mengatakan kepada isterinya, "Aku mencintaimu",
Namun cintanya, tidak pernah hilang.
Cinta sejati adalah sebuah tindakan, bukanlah hanya bahasa.
Lebih baik mencintai sepenuh hati dengan perbuatan daripada mengatakan "I love you" seratus kali.


♥ Mohon semua LIKE Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslimuntuk TIPS/DOA/PETUA SUAMI ISTERI/RUMAHTANGGA BAHAGIA ♥

Tiada ulasan: