"Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya,
dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia
ketika matahari terbenam dan berfirman:
“Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia?
Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki?
Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia?
Adakah di sana adakah di sana? sehingga terbit fajar.
”(Riwayat ibn Majah)
Antara kebaikan dan kelebihan
beribadat dalam bulan Syaaban ialah:
1). Barang siapa berpuasa
tiga hari pada awal bulan Syaaban, tiga hari pada pertengahan, dan tiga hari
pada akhir bulan Syaaban akan mendapat pahala seperti 70 orang nabi, dan
seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya
seperti mati syahid.
2). Doa orang-orang yang
beriman akan dimakbulkan.
Rasulullah s.a.w bersabda
bermaksud: "Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa
malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan
pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."
(Riwayat: Abdullah Umar)
3). Mohonlah keampunan pada
malam Nisfu Syaaban kerana pada malam itu pintu-pintu langit dan pintu-pintu
rahmat dibuka.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila tiba
malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini
, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan
pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka
Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan
dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba’,
orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu
api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan
diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.
" Begitulah sedikit sebanyak
kebaikan,keistimewaan dan kelebihan bulan Syaaban. Marilah kita tingkatkan
amalan kita dan rebutlah peluang yang ada.
sumber: JAKIM dan IKIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan