bismilah

Isnin, 23 Mei 2011


khairul afifi
Dikirim Mei 23, 2011 oleh khairul afifi

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan
nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi
Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah
dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula
terlintas di hati manusia.





Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :


"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada
orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di
dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula).
Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat
kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)


"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)


"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)


"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)


"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah
dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat
(dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)


"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang
sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia
sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka),
dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)


"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)


"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh
kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)


"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan
beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,
mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan
mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)


"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak
berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di
syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)


"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan)
ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi,
yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan
rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang
dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah
Al-Hadid; 21)


"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)


"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke
dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari
emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera."
(Surah Fathir; 33)


"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)


Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu
dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang
beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah
dosa-dosa kami.

www.iluvislam.com

Tiada ulasan: