bismilah

Selasa, 30 November 2010

misszz...cHiko_Q



ASSALAMUALaikum

....cdeh........
dah msuk 2 ari chiko xda d cc..huhuhu
rinduu ngn dy...
wlaupon pkara nee dah berlalu ttpi sy masih x bisa utk
lupakan chiko...
rinduu sngt nk bgi mkn kat dy...nk maen ngn dy
time petang..huhuhu
pemergiannya bgitu memberi kesan kpd sy..

sy btul2 rsa serba slh...andainya sy taw dy nk tinggalkn
sy petang tu..sy xkn g kolej.

sy xtw sebab apa dy MATI ????
aduuuhhh chiko.....!!!
rinduuuu...!!!

Jumaat, 26 November 2010

iema_Q syg

Assalamualaikum!!!!

TEPAT PUKUL 1.55 pagi....sy trima stu pnggilan telefon..
time tu sy ngah stdy akaun..di blik A3
selepas tlefon berdering sy pon mengangatnya...

SY MENDENGAR satu suara yg sy ckup kenal,,
ia mengatakan
TOLONG....TOLONG
TOLONNGG AQ AISAH,,,,

SY POn terkejut......upanya pnggilan tu dri seorng shbt yg
mg ckup rapat dgn sy sem nee dy ialah
insan yg bernama
SITI FATIMAH SELAMAT

bertanda tny sy di buatnya...
ingt kn da apa2 yg berlaku dgn dirinya smpai
col time subuh,,,upanya nk mengaduu pasal exam..

emmm papew pown untk IEMA_Q
yg amt di syngi b'coz ALLAH
DNT WORRY ABOUT EXAM
JUZ DO THE BEST...
teruskan usha never giveup...

smoga kita sma2 menempuh cbrn n ujian nee dgn
jayanya....INSYAALLAH....=)


Ahad, 21 November 2010

AQ SEbAKK!!!


ASSALAMUALAIKUM,,,,,

SY btul2 sebakk sngt bila m'getahui pkara nee
sy btul2 x pcy.....sy x pcy sngt2........
namum klu itu takdir yg tlah di tentu kn oleh ALLAH
utk dirinya.sy sndri xdpt mnolaknya........

Sy hny mmpu utk mendoakn kn nya...
agar dia sntiasa sihat,,,tp ........
pkara nee np dy nk smbnyi kn ngn sy,,
xboleh ka dy gtaw sy jgk......apa alasan nya ??????
slma nee senyuman yg d ukir dri raut wajahnya.
hny sekadar utk menyenangkan ati org di sekelilingi...
nmun dlm dirinya dy t'pksa mnggung drita t'sebut..

sy sebakk....sngt..=(namun sy arap
DY SENTIASA KUAT
utk menghdapinya
dan sy sentiasa mnunggu
untk dy memberitahu sy sendiri
FACE TO FACE
sy mengharap sngt saat itu akn t'jdi secepatt nya...!!

Selasa, 16 November 2010

AidiLaDhA ^_^



ASSALAMUALAIKUM.......

huhuhu...mlm yg ckup hening.....kat kolej nee,,,
semua plajar under KTD dah blik kg...
tinggal UTM..jak kat ostel nee...
tp shbt yg len dah blik kg...
coz ESOK KN RAYA AIDILADHA...
hiihiih...hmpir terlupa plak...

mcm xsedar plak kn....raya korban thun nee..
no feeling lngsung...xrsa mcm nk smbut rya pon
sy rsa seperti ari2 yg biasa sy lalui.......

Namun,,,, budak kecik d cni xlah setabah sngt...
cdeh jgk bila lyn sngt ngn prasaan nee..xsngka hmpir 4 kli dah sy beraya
kat ngeri orng nee..huhuhuhu..cdeh2,,
papew pown.........

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA"


Ahad, 14 November 2010

ADIK & Palestin

Justify FullAdik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid(ayah dalam bahasa Arab) yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.

Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain- lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w. pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul- betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut.

Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik.

Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!" Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.

Adik tanya ummi, mana perginya walid. Ummi diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk." Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum. Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja.

Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali- kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" Tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata.

Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad s.a.w. pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad s.a.w. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad s.a.w. Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang- kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al- Quran. "Bismillahirrahmani r rahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh- sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar.

"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid" muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.

"Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar. Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil. Bukan. .Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang. Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain.

Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal. Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut.

Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus- putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad. .Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba- tiba... .. "Muhammad!!! ! !!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik.

Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.

Wassalam.

Jumaat, 12 November 2010

iSlaM Kah aQ?????


post from facebook~~~

SUZIERNAFENDY::

Islam k aQ yarr???bila fkir2 balik memang lah Islam...

setakat Islam p tak tau pa maksud Islam yang sebanarnya x leh gak...

Alhamdulillah liQa' Perkemass hari ni seronok sangat...

mengajar kejahilan yang ada pada diri...betul x Cik Aisah???

huhuuu...t kita sama2 yarr jadi mujahid d Sabah...Sabah wait 4 me...:)

Tuesday at 19:41 · · · See friendshipAssalamualaikum...!!
tulisan di atas adlh post dri shbt sy di wall...fbbila kita pikir2 kita tny diri kita sendiri...ISLAM KAH SAYA????
sememangnya pd dasar nya kita mesti ckp YA SAYA BERAGAMAISLAM....tp kata2 itu xckup skadar dri perckpn tp perbuatan...BIla sy check diri sy sendiri>>>
sy btul2 rsa malu ,,, slama nee sy hny islam atas dasar nma n atas ic shjasy lngsung xmengamalkan sepenuhnya islamdalam kehidupan...>>>>betapa malunya sy jgk kpd RASULLULAH S.A.W..sy yg mengakuinya sbgai umatnya tp tidak mengamalkn sunnahnya,, Namun sy bersyukur sngt... ALLAH telah memilih ati2 kamiuntk menghadiri LIQA yg di smpaikn oleh Abg Zul..sgala pertnyaan di ati sy akhirnya terjawap ...dlm LIQA tersebut...
islam adlh 1 nikmat yng perlukan usahacuntuk bertungkus-lumus mendapatkannya,jika kita main2 dan mensia-siakanya islam kita AKAN DIRAMPAS!!!!

Ahad, 7 November 2010

seBuLan ag!!!!

ASSALAMUALAIKUM

pejam celik..pejam celik...
huhuhuh

tnp di sedari exam ag sebulan ,aduhh..risau..risau...
apa yg perlu skng AIsah perlu tingkatkn usha,tmbhkn pengetahuan..
kurangkn tido n makan...hiihihih

bila sebut pasal exam nee..ati ku asyik berdebar-debar jak..
mcm x pcy msa itu mkin dekat menghampiri...
sy btul2 x ble trima ..coz sy lngsung xda persediaan..

wake up!!!!!!!!!
STUDY!!! STUDY!!!

jgn tunggu ada keinginan bru nk stdy...
ingt jadikn keinginan itu sbgai
HARAPAN MAK N AYAH
kita yg berharap kita stdy utk berjaya
dlm khidupan...

INGAT!!
msa yg berlalu xkn kmbali ag...
skng kita perlu mengejar msa bkn masa yg mninggalkn kita
masa itu smkin singkat Aisah!!
jgn smpai kau menyesal di penghujung nya...

"YA ALLAH BANTULAH SAYA"

Sabtu, 6 November 2010

ASSALAMUALAIKUM

BACALAH JIKA ANDA ADA MASA UNTUK ALLAH!!

by Muhammad Azri on Wednesday, 03 November 2010 at 17:13

Assalamualaikum saudaraku

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.

Bacalah sehingga habis.

Saya hampir membuang email ini namun
saya telah diberi keberkatan untuk membaca
terus hingga ke penghujung.

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya

tidak ada masa untuk ini... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran
semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai
masaalah di dunia ini

Kita cuba menyimpan ALLAH didalamMASJID pada hari Jumaat .......

Mungkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....

Dan sudah pasti waktu ada kematian...

Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau

ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita
mampu dan sewajarnya mengurus sendiri
tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka......

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH

bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan
segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya

kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

IA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari.
TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar meyintai ALLAH dantidak

berasa malu akan segala kebaikan yang
telah diberi ALLAH kepada mu....

Kirimkan kepada orang .

Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah….... Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?

Kenapa mengantuk dalam MASJID
tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama
tetapi kita bangga mem 'forward' kanemail yang tak senonoh?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.

Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAKBeriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes' in ALLAH).

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?

Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini andatidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.

Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapanALLAH terhadap anda.

Aku berDOA, untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.

Jumaat, 5 November 2010

SaYa RiNDUU kn mereKa d sana

ASSALAMUALAIKUM

Saat nee sy btul2 rsa cdeh...coz teringatkn fmily kat sbh..
tiba2 jak petang tdi sy terasa RINDUU sngt kat downk di umah...
ati kecik sy bertnya apa lah downk buat skng nee???

emm....
rsa mcm nk nagiss jak tulis blog nee...
wlaubgmn pon sy nk tulis jgk
apa yg bermain di ati sy skng nee
huhuhuhu...KHIDUPAN yg jau dri keluarga
memanjangkn rinduu yg makin mendalam...

(luahan ati sy)

mak...ayah....!!!!!!
Aisah btul2 rinduukn kmu d sna...
stiap pgi bila bgun dri tido Aisah sentiasa teringat kn mak n ayah..
aisah xpenah lupa utk
mendoakn ksihtn mak n ayah....

Skng Aisah teringin sngt brada d cc mak n ayah..
Aisah rinduu sngt...nk bercrita..nk bermanja..
AISAH SAYANG MAK N AYAH
Aisah d cni merasa sedih sngt..
bila Aisah di uji dgn plbagai rintangn dn halangan
Aisah bgitu lemah coz xda mak n ayah d cc..
kdang2 diri nee x snggup utk menghADAPInya...
namun Atas berkat DOA mak n ayah d sna Aisah
kuat utk menghadapinya...

Namun skng nee betapa deritanya hati sy ..
derita krana krinduan yg smkin mendalam
teringatkn mak n ayah....
apa ag bila bila teringat ngan gelagat adik2 di umah
aduhhh.....perit rsanya dok berjauhan...
papew pown PERJUANGAN HARUS DI TERUSKAN..!!!


k..la 2 jak lah perkongsian perasaan sy pda ari nee..
law nk di ikutkn pnjg ag luahan yg sy nk ucapkn..
tp tkot plak nnt bertmbh feeling org yg membaca blog nee...
hiihihihi...

Rabu, 3 November 2010

Hari tu MAkin deKaT

Assalamualaikum..

sebulan ag exam akn menjelang..prasaan gemuruh mula
menguasai diriku...
huhuhuhuh

sy btul2 xsedar ari itu mkin dekat,,,
nmun sy lngsung xda persediaan...mcm mn nee????
ADAKAH sy MASIH PUNYA MASA UNTK MENGUBAH NYA?????

plajrn sy blom 100% sy kuasai....myB drpd 100% tu
hny 50% shj persediann sy..HaTi sy smkin berdegup kencang..
sperti org yg d lamun Cinta,,,
hihiihihi

NaMun sgala pertnyaan itu pasti ada jwpnnya
mulai saat nee bersamaan 04/11/2010
sy akn cuba cra hidup sy dlm pembeljrn..
sy xkn main2 ag...sy nk serius skng nee..

So peringatan kpd kwn2 yg dikasihi..
terlebih dhulu sy nk mohon mf sngt2..
jikA mulai ari nee n ari2 akn dtng jika kmu melihat
sikap sy berubh x sperti dhulu ag sy mohon mf sngt2..
myB itu adlh cra sy utk muhasabah diri sy t'hdp kezaliman

yg sy lakukan kpd diri sy sndiri yg slama ini sy
xsedari..mungkin kmu menyangka cra sy ini slh...
tp di sebaliknya sy empunya diri sndiri yg mengetahui ya!!!..

sy btul sedar ksilapan sy pd sem nee,sy bgitu terlalu memanjakn diri sy
shinggakn kslhn yg sy lakukan sy x sedari..aduuhhh..
bru sy rsa nk nyesal...!!
k....r..papew pown sy mohan mf kpd
ANDA YG SEDAR PERUBAHAN YG BERLAKU TERHADAP DIRI SY>


KIsAh BeNAR (c0py)



ASSALAMUALAIKUM

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..????

Isnin, 1 November 2010

MuHaSaBaH (copy)


ASSALAMUALAIKUM

ketika kita telah berumur 70 tahun...saat semua telah hilang...

hilang meninggalkan kita sendirian di dunia ini...

tak ada teman ,sahabat,kekasih,anak, cucu...

duduk sendiri, di teras halaman rumah kita..

memandang siluet senja,,menanti kematian yang akan menjemput kita...

hanya,,, sendiri,,,,

saat itu, baru terlintas semua orang2 terkasihi

yang pernah singgah dalam kehidupan kita...

sahabat....kawan....kekasih...dan......orang tua....

terbayang semua wajah mereka...

saat bersama mereka...

bercanda..tertawa...menangis...benci...marah...

semua hal tentang mereka....

saat itu,baru kita sadar...

betapa berartinya mereka untuk kita...

betapa kita ingin sekali ke masa itu...

bersama mereka lagi...

bekumpul lagi...

tapi...

saat itu,

semua itu percuma...

karena mereka telah tiada,

meninggalkan kita seorang diri di dunia ini...

tak ada nasihat dari sahabat kita...

tak ada pujian ayah-ibu kita...

tak ada kata manis dari kekasih kita...

hanya tinggal kita...dengan tubuh ringkih...berlumur dosa...

meratapi setiap detik umur yang telah di sia-siakan...

lantas...

apa yangterpikir oleh kita saat itu?