bismilah

Khamis, 30 September 2010


ASSALAMUALAIKUM

emm...petang nee...np tiba2 jak saya winduu dgn sister sy
yg stdy d UNISEL tu..huuhuhu..
apa lah dy wat skng nee??

saya harap dy sehat2 jgk...em...papew pown sy sbg adk nya
always mendoakn dy...ag SEBULAN dy nk exam dah..
saya berharap dy akn wat yg terbaik..

mOga ALLAH permudahkn dy dlm mnuntut ilmu...
.......................
GUD LUCK MY SIS....chaiyok..!! chaiyok!!



ASSALAMUALAIKUM.....

kali nee saya nak luah kn apa yg bermain dlm pkiran sya
sejak beberapa minggu nee!!!

sebab pkara nee...saya xselera mo mkn...
xble nak tdo....n xselesa untk stdy....

saya sbnar nya risau sngt....EXAM 2 BULAN ag tp...
sy lngsung xda persiapan...
mcm apa yg sy plajari slama nee semu nya kosong...
xda yg tersave dlm minda saya...
aduuhhh!!!!
law mcm nee....FAIL lah jawap nya...
ASTAGHFIRULLAHALAZIM........

SAYA btul2 rsa takut sngt,,,,
ada kah sy udah terlmbt utk memperbaiki nya...
apa yg ptot saya wat....???????

sem...nee btul2 berbeza dgn sem lalu....
ujian pertama pon dah mnunjukn perbezaanya....saya xkn biarkn RESULT sy kli nee jatuh...!!
saya akn wat yang terbaik ag kli nee....
insyaALLAH sy akn buktikn pada ujian kedua sya....
saya berjanji akn tingkatkn ag usaha saya...
AISAH YOU CAN DO IT...!!!



Jumaat, 24 September 2010

SaMbuTAn raYA...di KAmPUS

SwEET meMORy.....

seNyuM sOKMO DEH....!!!!
SEmaLAm adaLAh HARI... yang sanGAt berMAkNA..
BAgI SIswi asRAma KAmpus....
coz..semaLam.. KaMi saMbUtAn ari raya...
heheheeh....hePy gile mlm...tu
mcM2 ADA...
tapi.................................................
di seBaLiK KEgEMBiraaN ITU...
TER SEMBUNYI.....sUaTU KEseDiHAn...bagi bILik A3
KErana seorang...SAHABAt...akn PERGI..
MENYAMBuNG KN PLAJARANANYA... DI KL...
huhuhuhu.....cdeh..nya smpai nK nagiss jak tulis bloG nee..
namUm...saya berarap seMOgA DIA pandai memJAGA DIri nya...
semasa di sana nnti...
INgat...kamI SENtIAsa MENdOAkN...MU...

Jumaat, 17 September 2010

What i waNt to do...??

AssaLamuaLaikum.....

Selamat tngahari....emmm...ari nee..saya btul2 rsa
bosan...xtaw apa yg sya nk wat???
dari pagi saya bnyk bazir kn msa saya...dengan melakukan pkara yang x membawa faedah
utuk diri saya..

msa...saya berlalu bgitu sahaja..

aduuhh!!! law d pkirkn...mmg sngt rugilah saya nee
bnyk sngt bazirkn msa....
law saya bgini berterusan...rosak lah khidupan harian saya...
SAYA perlu jaga masa ...!!!!!
what i want to do now???
OWHHHH

TANDA TANYA????


ASSALAMUALAIKUM

hari nee..saya sunyi sngt...coz xda uda kwn ku utk bergurau n berkongsi crite
time cuti nee
semua plajar tnjg chat dah balik...
aduuhh!!! rinduu gila dgn c iema nee..
wlaupon bru seminggu jak minggu dia tinggal sebilik dengan aq..
aq sudah rasa lebih lama
mengenali nya...

saya xsangka hbungan kami semakin erat...dan kasih sayang saya
terhadap nya semakin dalam....dan saya berharap sangat ingin menjadi seorang kawan yg terbaik
untuk nya....^_^

Namun aq risau sangat...sekiranya aq terlalu rapat dengan nya..
mugkin akn timbul rsa cemburu or xpuas ati dengan aq..
saya takut kawan2 yang laen..berprasangka buruk terhadap ku...
kerna saat itu aq lebih bnyk luang kn msa dengan nya...
berbanding dengan seorang sahabat di dlm asrama nee yang amat aq
sayangi...

AQ xingin menjadi seorang sahabat ..yang munafik....
yang x adil n plastik.....aq ingin menjadi seorang sahabat yang..
sentiasa menjaga ukhuwah sahabat2 yang lain...

ADAKAH AKU GAGAL MENJADI SEORANG SAHABAT???

Selasa, 14 September 2010

aKu TakuT


Aku takut bila apa yang aku katakan itu betul, tetapi aku yang tidak buat dengan apa yang aku katakan...

Allah SWT telah berfirman: <كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ <٦١:٣ maksudnya..: Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (Surah As-Saff:3) Nah!!! Allah amat benci pada orang yang tidak melakukan apa yang telah dia katakan.. sebelum kita berkata sesuatu fikir dahulu sebelum berkata-kata 'diam itu lebih baik daripada berkata-kata'.. jika kita tidak tahu pada sesuatu perkara, maka janganlah kita bersuara kerana ianya bisa menjadi sesuatu yang salah kerana kita berkata dengan tanpa ilmu..

Isnin, 13 September 2010

selamat Hari RAya



seLamAt haRi raYa aIdiLfitRI

EMM....KAT cni sya nak ambek ksempatan utk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA wat
family yg brada d sbh...saya ri nduu sngt nak braya bersama...
emm...rsa cdeh sngt brya d ngeri orang nee...
dah 2 tahun braya tnpa fmily....emm...Aisah nak mohon maaf di atas ksilapan yg d lakukan slama nee,,

buat teman2 yg d sayangi AISAH jgk ucapkn selamat hari raya....
jgn2 cdeh2 braya d ngeri org nee....
senyum selalu....

AISAH xlupa jgk utk minta maaf kat korang semu d atas ksilapan n ksalahan yg
Aisah tlah lakukan kn spnjg pershbtn kita nee...
AIsah sentiasa doakn smoga hbungn kita sentiasa di redhai
ALLAH....

Isnin, 6 September 2010

jika couple itu d benarkan

Jika couple itu dibenarkan

Bercouple lah setelah bernikah, ia pasti indah - Ilustrasi oleh MuslimMultimedia

Jika couple itu dibenarkan

Oleh : BroHamzah

Pernah saya diajukan soalan berkaitan couple? Boleh atau tidak.

Malah pernah dalam suatu pembentangan di dalam satu kelas tutorial seorang pelajar perempuan dengan lantang menegaskan bahawa seseorang perlu melalui proses bercouple sebelum proses perkahwinan. Katanya, dasarnya cukup jelas iaitu untuk saling berkenalan dan mengenal hati budi.

“ Bagi saya, setiap pasangan perlu saling berkenalan dan budaya couple yang berlaku pada dewasa ini adalah satu perkara yang baik dan positif.” Katanya dengan berkeyakinan.

“ Betul tak ustaz?,” Katanya sambil menunjuk riak muka kepada saya.

Saya ketika duduk jauh di belakang ruang kelas sambil tersenyum. Dalam hati, Ya Allah kuatkan semangatku dan azamku ini.

Saya tersenyum tidak menjawab sehinggalah dia selesaikan membuat pembentangan. Kelas bersurai tanpa saya menjawab soalan itu.

Couple jika kita lihat maksudnya bermaksud pasangan. Atau lebih kepada berpasangan lelaki dan perempuan. Dan definisi mudah, istilah ini ialah pasangan lelaki dan perempuan yang sedang dilamun cinta dan perasaan kasih sayang yang sedang membuak-buak.

Keesokannya, saya masuk ke dalam kelas seperti biasa. Dan saya mulakan kelas seperti biasa dan memberi sedikit penjelasan berkaitan soalan pelajar perempuan.

“ Couple, tidak jadi masalah. Boleh sahaja.,” Ungkap saya.

“ Tetapi dengan syarat utama. Berkahwin dan bernikah!,”

“ Kita berpasangan setelah kita mempunyai ikatan yang sah iaitu ikatan perkahwinan. Tanpa ikatan ini, couple boleh menjauhkan kita kepada Allah SWT. Dan kesannya kita berdosa!.” Jelas saya.

“ Jika couple itu dibenarkan, dan dibolehkan. Rasulullah dan para sahabat adalah orang pertama yang akan melaksanakannya.”

“ Ada Rasulullah bercouple?”, Tanya saya. Sehingga begini, saya berhujjah dan menerangkan kepada para pelajar. Mereka senyum sinis, ketawa dan ada yang terdiam.

Saya dapat merasakan, seolah-olah saya bercakap kosong, kelakar dan tidak masuk akal. Pernah pelajar berkata, saya bercakap tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Mana boleh, berkahwin tetapi tidak bercinta, tidak pernah keluar bersama dan tidak mengenali antara satu sama lain. Dalam dunia ini, hanya orang-orang yang tidak berpijak di bumi nyata sahaja yang buat macam ini.

“ Salah satu sebab perceraian tinggi sebab tidak mengenali pasangan hidup, ustaz!,” Dia mula melebarkan hujjah.

“ Kamu ada bukti dan fakta?,” Tanya saya.

“ Setahu saya, ramai yang bercerai walaupun sudah bertahun bercouple, berdating. Katanya nak kenal hati budi. Tetapi, akhirnya perceraian juga menjadi jalan penyelesaian yang utama untuk menamatkan setiap permasalahan yang dihadapi,” Saya asak dengan soalan saya pula dan berserta contoh.

Dia terdiam. Membisu seketika.

Saya sebenarnya telah lama memberi penjelasan berkaitan isu ini. Namun, selalu sahaja diasak dengan soalan-soalan yang berbentuk sebegini. Soalan-soalan yang mengharapkan jawapan yang dapat menghalalkan budaya couple.

Adus. Penat dan letih.

Sejak dahulu lagi, saya mempunyai kesukaran untuk menyampaikan mesej kepada para pelajar dan kenalan saya bahawa bercouple sebelum bernikah adalah dilarang dan haram di dalam Islam. Banyak alasan dan halangan yang ditimbulkan dalam menghalalkan budaya couple dan berdating ini.

Diberi penjelasan berserta dalil Al-Quran dan As Sunnah. Terang lagi bersuluh. Namun, ia adalah sukar kerana para pelajar dididik dalam sistem pendidikan bukan untuk bersedia dan taat patuh kepada suruhan Al-Quran. Mereka tiada persediaan dan persiapan ke arah itu.

Jika, ada sesiapa yang mempunyai, jawapan yang sangat konkrit, berfakta, berdalil dan hujjah-hujjah logik lagi menyokong antara satu dan lain, maka berikan dan sampaikanlah kepada saya.

Membangunkan cinta yang sebenar

“ Tiada cinta, sebelum bernikah.”

“ Sucikanlah pernikahan anda, nescaya barakah ia akan menyusulinya.”

Sejak dahulu, saya sentiasa diberikan didikan dengan ungkapan-ungkapan sebegitu. Hairan juga, benar-benar berlawanan dengan apa yang saya lihat disekeliling saya. Banyak persoalan timbul, namun Alhamdulillah setiap persoalan itu diberi jawapan dan perjelasan dengan baik serta didikan islamiyah yang mendepaninya.

Mindsetting kepada kehidupan berteman

Gerbang pernikahan dan perkahwinan adalah jalan untuk memproses diri untuk dekat dan hampir dengan Allah SWT. Ia adalah sesuatu yang suci. Orang yang suci ialah orang yang menjaga kesuciaannya dengan pernikahan dan ia juga memelihara pernikahan dengan kesucian.

Membuat pilihan untuk memelihara kesucian dan kebersihan dalam soal pernikahan serta pernikahan adalah sesuatu yang bijak dan tepat.

Anda memilih untuk tidak bercouple. Itu pilihan dan kehendak anda.

Jika anda memilih untuk memulakan titik mula pernikahan anda dan mengenali bakal pasangan hidup anda dengan bercouple dan berdating itu juga adalah pilihan anda.

Sebenarnya, anda sedang memilih dan membuat pemilihan itu adalah hak anda.

Tetapi, pastikan neraca pilihan anda itu dipandu dan didepani oleh nilai yang betul, sahih dan selari dengan tuntutan deen Islam. Ini adalah jaminan keselamatan kita dunia dan akhirat.

Tanyalah hati anda sendiri. Adakah dengan keluar berdua-duaan itu mententeramkan hati anda dan anda semakin dekat dengan Allah SWT.

Soalkan diri anda, andakah dengan ber”sms” setiap detik tanpa lupa itu adalah kebahagiaan sebenar yang anda cari dan rasa begitu tenang tanpa bebanan.

Tanya sahubari kecil anda, andakah diri rasa senang dan begitu bebas jiwa dengan berhubungan tanpa bernikah ini? Meluahkan cinta, perasaan dan segala rasa hati seluruhnya kepada seseorang yang begitu asing dan tiada apa-apa ikatan yang halal dalam hidup.

Atau jiwa kita sudah tumpul dengan erti dosa, pahala, nereka dan syurga?

Atau hati ini sudah berada dalam keimanan yang sangat minima sehingga maksiat dan dosa itu adalah perkara biasa dalam kehidupan.

Tepuk dada, Tanya iman diri.

Saya, memilih untuk tidak bercouple sebelum bernikah. Dan saya rasa aman, nyaman dan bahagia sebegini. Dan, saya yakin dengan janji-janji ALLAH SWT bahawa, dengan memelihara kesucian diri itu adalah jalan menuju kebahagiaan dan ketenangan jiwa yang sebenarnya.

Musibah hari ini

Lihat musibah dewasa ini, fenomena mengsampahkan manusia berlaku berhari-hari. Malah bulan Ramadhan ini terus tercemar dengan budaya-budaya yang tidak bertamadun ini.

Kesannya sangat membusukan keadaan masyarakat. Jijik, kotor dan memualkan. MasyaAllah, Allah memperlihatkan kepada kita satu bahana dan kesan bercouple yang sangat luar biasa.

Lihatlah dengan mata hati. Kini, saya semakin memahami kenapa pensyariatan Islam sangat menyeluruh, dan mengambil kira semua perkara. Di dalam Al-Quran, Allah SWT menegaskan agar menjauhi zina. Bukannya jangan berzina. Rupa-rupa segala bentuk pintu-pintu dan muqadimmah kepada zina telah dicegah dan dihalang oleh Islam.

Mungkin tidak keterlaluan saya katakan, couple itu adalah pintu kepada zina. Maaf, jika kasar dan lihat terlalu eksterim. Ia adalah hakikat dan inilah realitinya.

Bercouple itu adalah jalan menuju dosa. Ia adalah pintu ke arah memperbanyakan lagi dosa dan mengelapkan seluruh hati kita yang dahulunya bersih dan jernih.

Bercouple itu adalah langkah mengajak seseorang yang “konon”nya anda kasih ke pintu neraka jahaman tanpa anda sedari mahupun tidak.

Bercouple dalam istilah sekarang, sudah menjadi sesuatu yang biasa. Ramadhan benar-benar tercemar dengan budaya dan fenomena ini. Pelik dan sangat bertentangan dengan keindahan dan kecantikan agama Islam.

Pengalaman seorang teman

Pernah sayang bersembang dengan seorang teman yang dahulu mempunyai teman couple.

Katanya hidupnya tidak pernah tenang sepanjang mempunyai teman hidup sebegini. Sentiasa ada masalah. Sekejap nampak bahagia katanya, tetapi sebenarnya sengsara. Sekejap, merajuk kemudian perlu pujuk. Kekadang tension.

“ Terus terang ana kata kepada anta, sepanjang bercouple ana rasa berdosa, bersalah dan hati tidak pernah tenang. Kekadang, ana buat-buat macam bahagia ada teman couple sebab hendak ikut trend kawan-kawan. Tetapi kesannya, solat tidak khusyuk, masalah bertimpa-timpa dan malah akademik sentiasa down sahaja.” Luah hatinya.

“ Dan satu lagi, duit habis begitu sahaja. Kena belanja. Dan kekadang, ana rasa bodoh sahaja bagi duit kepada seseorang yang bukan ada ikatan sah atau halal dengan ana,” katanya tertunduk malu dan insaf.

Wallahu’alam. Sekadar mengingatkan diri dan mereka-mereka yang dahulunya selalu mengagungkan budaya yang tidak sihat dan membiakan dosa ini dalam masyarakat!

Sabtu, 4 September 2010

Hati

pEriHal HaTi, mENurUt IbNu QaYyiM..

Di dalam hati manusia terdapat kekuatan...

tidak terurai kecuali menerima kehendak Allah...

di dalam hati ada keganasan...

tidak hilang kecuali berjinak dengan Allah...

di dalam hati terdapat kesedihan...

tidak akan terlerai kecuali dengan menyukai Allah dan berhubung baik dengan-Nya...

di dalam hati terdapat kegelisahan...

tenang dan damai jika berjumpa dengan-Nya dan berlari mendapatkan-Nya...

di dalam hati terdapat api penyesalan...

terpadam dengan redha pada suruhan, larangan, qada', dan sentiasa sabar sehingga menemui-Nya...

di dalam hati terdapat hajat...

tidak terbendung kecuali dengan kecintaan kepada Allah SWT, memohon kepada-Nya, ikhlas dan sentiasa dalam berzikir...

~ dipetik dari buku anak2ku berjuanglah yang ditulis oleh Ummu Anas ~


Rabu, 1 September 2010

cantik....


Cantik

Bagi saya bukan tentang putihnya kulit seseorang
Bukan juga tentang bagusnya tubuh seseorang
Bukan juga tentang mempesonanya paras seseorang
Bukan juga tentang wajah yang bisa membuat orang kagum

Bagi saya seorang cantik:
1. Ketika dia bisa memainkan logikanya, tak hanya bergantung pada perasaannya saja dalam mengambil keputusan.
2. Ketika dia bisa memanfaatkan otaknya untuk berfikir dan mengembangkan diri.
3. Ketika dia bisa memainkan perannya sebagai wanita.
4. Ketika dia bisa menempatkan diri sesuai porsinya
5. Ketika dia bisa menggunakan perasaannya untuk memahami sesuatu
6. Ketika dia mampu mengendalikan emosi dan dirinya sendiri.
7. Ketika dia bisa membuat nyaman orang-orang disekitarnya.

Tak pernah ada titik ukur pasti untuk sebuah kata cantik, tiap orang mempunyai definisi sendiri-sendiri untuk sebuah cantik. Itulah bagaimana cantik menurut sudut pandang saya,menurut anda apa itu cantik?