bismilah

Jumaat, 23 Mac 2012

from millatfacebook

Taubat Pencerah Hati
Feedback
by khairul afifi



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali."

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Pengajaran hadis:
i) Seorang mukmin yang sedar dan berjaga-jaga tidak akan melakukan kelalaian dan boleh ditipu dua kali dalam perkara yang sama.

ii) Oleh itu dinasihatkan apabila kita telah terlanjur melakukan dosa, hendaklah kita segera bertaubat (taubat nasuha) untuk tidak melakukan dosa itu lagi kerana seorang mukmin yang sebenar apabila melakukan dosa, dia merasakan seolah-olah berada di bawah bukit, takut bukit itu akan jatuh ke atasnya. Sedangkan orang yang selalu menderhaka (melakukan dosa) melihat bahawa dosa-dosanya hanyalah seperti lalat yang lalu di atas hidungnya.

iii) Di antara syarat-syarat yang menyebabkan taubat itu diterima adalah:
a) Meninggalkan dosa yang dilakukan serta-merta. Contohnya orang yang tidak melakukan sembahyang mestilah kembali menunaikan sembahyang atau orang yang selalu memakan rasuah hendaklah segera meninggalkan amalan keji tersebut.

b) Menyesali dosa yang telah dilakukan di mana setiap kali terkenangkan dosa yang pernah dilakukan itu dia akan menangis kerana takutkan seksaan Allah S.W.T.

c) Bertekad tidak akan mengulangi dosa.

d) Mengembalikan hak kepada yang berhak. Ini adalah kerana seorang yang benar-benar ingin bertaubat, dia begitu mengharapkan agar zaman lampaunya yang dipenuhi dengan dosa dapat dikembalikan dan digantikan dengan kebaikan. Oleh itu jika dia pernah merampas, mencuri atau mengambil hak orang lain tanpa kerelaan dan keizinan tuannya maka hendaklah dikembalikan sama ada ia berbentuk harta benda, wang ringgit dan sebagainya. Namun sekiranya hak itu bukanlah sesuatu yang dapat dikembalikan maka dia mestilah memohon perlepasan (kemaafan) daripada orang tersebut.

e) Dalam tempoh masa- Iaitu sebelum seseorang itu didatangi ajal di mana pada saat itu taubatnya sudah tidak berguna lagi.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةً۬ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ يَوۡمَ لَا يُخۡزِى ٱللَّهُ ٱلنَّبِىَّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ‌ۖ نُورُهُمۡ يَسۡعَىٰ بَيۡنَ أَيۡدِيہِمۡ وَبِأَيۡمَـٰنِہِمۡ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
(Surah At-Tahrim 66: Ayat ke 8)

Jumaat, 16 Mac 2012

from millatfacebook...

Rebut keistimewaan Jumaat
Feedback
by khairul afifi




SETIAP minggu kita bertemu hari Jumaat. Hari yang sepatutnya dinanti-nantikan setiap umat Islam agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Hari Jumaat melambangkan keutuhan dan kesepaduan umat Islam. Seluruh umat berhimpun di rumah Allah bagi meraih keredaan dan kerahmatan-Nya.

Sesungguhnya kemuliaan hari Jumaat yang juga digelar ‘Saiyyidul ayyam’ terpahat dalam banyak hadis Rasulullah. Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat”. (Hadis riwayat Muslim) Pada hari Jumaat juga perlu melakukan banyak kebajikan dan berdoa. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Pada hari itu (hari Jumaat) tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim) Rasulullah menyatakan bahawa antara waktu yang mustajab doa adalah ketika imam duduk di antara dua khutbah. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud) Setiap individu Muslim dianjurkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.

Amalan membaca surah al-Kahfi menyelamatkan daripada fitnah Dajal. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, akan terpelihara daripada fitnah Dajal.” (Hadis riwayat Ahmad) Kita dikehendaki bersegera menghadirkan diri ke masjid untuk bersolat. Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu’ah ayat 9) Namun, selepas selesai solat Jumaat, umat Islam digalakkan untuk meneruskan aktiviti dan urusan mereka kembali. Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah al-Jumu’ah ayat 10) Begitulah keindahan Islam yang diatur dengan sebaik-baiknya mengikut aturan Allah.

Perkara itu dapat difahami menerusi maksud sabda Rasulullah: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan al-Hakim) Walaupun besar ganjaran yang dihamparkan Allah kepada kita pada hari Jumaat, ramai masih alpa beberapa perkara. Terdapat individu Muslim yang sanggup meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan. Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Barang siapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik.” (Hadis riwayat Baihaqi) Namun, bagi mereka yang hadir solat Jumaat, pastikan anda menjaga tertib, antaranya berbual ketika khatib membaca khutbah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Jika kamu berkata-kata kepada teman kamu (dengan perkataan) ‘diam’ sementara imam sedang berkhutbah, maka kamu melakukan laghw (perkara sia-sia).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Mendengar khutbah Jumaat dengan teliti serta mengambil peringatan daripadanya ialah sesuatu yang dituntut. Firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raf, ayat 204) Hal berkenaan bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya ini adalah umat kamu, umat yang satu. Dan Aku (Allah) adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku (Allah).” (Surah al-Mu’minun ayat 52)

Source: Harian Metro

Sabtu, 10 Mac 2012

from millatfb

Cinta atau Nafsu
Feedback

by khairul afifi


"Saya benar-benar cintakan awak" bicara si lelaki.
"Emm, Apalah buktinya?" duga si gadis.

"Awak, saya sanggup korbankan segalanya demi awak. Lautan api sanggup saya redah.." sungguh-sungguh si lelaki bermadah dengan si gadis.

Situasi lain:
"Eh, kenapa kau tak terima je cinta dia?"
"Aku tak dapat terima cinta dia la sebab hati aku ni tak de feel langsung kat dia.."

C.I.N.T.A
Cinta.
Sayang.
Suka.
Minat.
Tangkap cintan.
Dan pelbagai lagi istilahnya ini menjurus kepada perasaan 'syok' seseorang kepada seseorang yang lain.
Rata-rata yang sering membicarakan soal CINTA atau lebih tepat lagi di sini cinta sesama makhluk yang berlawanan jenis ini adalah dari kalangan remaja.
Remaja dan Cinta. Ibarat isi dengan kuku. Bagai tidak dapat dipisahkan. Namanya remaja 'surely have an experience about LOVE'!

Namun, adakah kita benar-benar faham dengan istilah cinta ini?
Adakah CINTA atau ia hanya NAFSU (keinginan hati) semata-mata?
Kenapa di sini saya kaitkan antara nafsu dan cinta?



Dalam Islam mengajar uda dan dara bagaimana untuk cinta dan berkasih sayang. Islam is perfect! Soal cinta pun ada.

Buktinya:

Dalam sebuah hadith diterangkan, sesungguhnya Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Allah SWT berfirmaan pada hari kiamat: "Dimana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku ? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apapun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan lain pada hari itu kecuali perlindungan-Nya saja.

Sebagaimana diriwayatkan Asy Syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. (Ibnu Hibban dan Hakim dari Anas ra)

Cinta kerana Allah ini sudah pastinya dihiasi dengan ketaatan terhadap setiap suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-NYA.
Cinta yang halal bagi seorang lelaki dan perempuan adalah melalui pernikahan.

Lalu bagaimanakah? Adakah anda bersedia menetapkan hati agar mencinta si dia hanya kerana Allah?

Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam setelah memuji Allah dan menyanjung-Nya bersabda: "Tetapi aku sholat, tidur, berpuasa, berbuka, dan mengawini perempuan. Barangsiapa membenci sunnahku, ia tidak termasuk ummatku." Muttafaq Alaihi.

Persoalan yang ingin saya lontarkan di sini adalah:

Pernikahan yang bagaimana?
Adakah cukup dengan perasaan 'suka-suka'?

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Perempuan itu dinikahi karena empat hal, yaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia." Muttafaq Alaihi dan Imam Lima.

Inilah jawapannya!



Mencintai seseorang di sisi Islam bukanlah "dari mata turun ke hati" tetapi ianya dari IMAN.
Cinta yang berlandaskan material semata belum tentu mendapat redho Allah.

Cinta yang selalu mengutamakan "apa yang dirasa oleh hati" tanpa berbalik kepada persoalan agama inilah yang selalu membawa kecundang di kemudian hari.

Tetapi, jika yang mendahului cinta itu adalah iman dan 'ilmu agama yang sentiasa mendorong 'aqal agar bijak memilih pasti Allah sentiasa meredhoi perasaan yang wujud itu.

Wallahua'lam

Ahad, 29 Januari 2012

memaafkan itu sifat yang mulia

Assalamualaikum...

Alhamdullilah Hari nee..Aisah mulakan hari dgn 1 kemenangan TERIMA KASIH ALLAH..
coz pas SOLAT subuh Aisah xtewas dgn godaan nafsu Aisah untuk tidur kembali..hihi kali nee Aisah menang..coz besanya bila hbis jak solat Aisah akn smbung tido... kembali....

pagi nee.. Aisah nak ambil peluang untuk menconteng ag..dlm blog nee.. Apa yang kita tahu sebagai manusia biasa yang punya banyak kelemahan dan kekurangan,Aisah merasakan bahawa perkara yang paling Aisah tidak sukai untuk melakukannya adalah menyakiti hati mereka yang berada di sisi. Namun tanpa disedari banyak hati yang telah terluka.. kekdang pkara tu b'laku..dalam diri Aisah...

Adakalanya,Aisah merasakan bahawa saya telah melakukan yang terbaik untuk menyenangkan mereka yang berada di sisi, namun mengapa mereka masih tidak berpuas hati??? kelihatan 'ego' Aisah mula meninggi..astaghfirullah..
Aisah pernah cuba untuk menjadi 'tegar', cuba untuk membiarkan hati ini sedikit 'keras' dengan tidak mengendahkan mereka yang 'terasa' dengan AIsah, namun hati ini masih belum mampu, setiap kali diri ini cuba untuk 'berkeras' dan bertindak 'tegar', diri ini sendiri terasa sakit dan perit... KERNA Aisah insan yang sangat lemah untuk memikul beban tu..Aisah juga tiada kemampuan untuk menegur kesalahan mereka kenapa Aisah merasa seperti ini...???

APAKAH SEBABNYA?? ADAKAH UKHUWAH YANG BERTAUT ANT KITA BUKAN KERNA NAFSU SEMATA-MATA TAPI KERNA ALLAH YANG MENAUTKAN HATI-HATI KITA UNTUK MENJALINKAN UKHUWAH

Aisah ada membaca blog seseorang Aisah tertarik dengan kata2 yang ditulisnya..
"Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan."

betul jgk kn apa yang ditulisnya..memag patut kita bersedia untuk m'hapi keadaan seperti ini...kerna dalam persahabatan pasti akan wujudnya pertelingkahan kerna itu telah menjadi sesuatu yang lumrah..Namun pertelingkahan itu bkn datangnya dari NAFSU semata2..biar ia wujud bersandarkan sifat seseorang.. untuk kita sentiasa mengakui bahawa setiap orang sedar akan ketidaksempurnaan dirinya..Dengan itu juga kita belajar bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu adalah orang yang LAIN..

Tapi adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu kn?? sememangnya rasa sakit hati itu x dirasai oleh orang yang menyakiti..tp mungkin juga..perasaan sakit hati kita tu di sebabkn dia terasa disakiti..
Namun sedar kah kita bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita.

Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga meletakkan harga yang terlalu mahal harga untuk kemaafan kita? sehinggakan kit Tak mahu bertegur sapa, tak mahu mendekati, tak mahu memandang adakah kesalahan 'dia' begitu besar sehingga 'dia' tak layak untuk dimaafkan oleh kita? adakah kesalahan yang 'dia' lakukan itu telah menghapuskan segala kenangan yang pernah sama2 kita lalui dalam tempoh yang panjang suatu ketika dulu, adakah kesalahan 'dia' dalam sehari dua telah membunuh ukhuwah yang terjalin hampir dua tahun..astaghfirullah..dosa apa yang telah 'dia' lakukan???

ASTAGHFIRULLALAZIM...
sedarkah kita jika berikan kemaafan kita dalam suatu pertelingkahan akn mendapat PAHALA dari sifat pemaaf itu, mungkin orang yang memohon maaf diatas bukan kerna kesilapannya itu lebih mulia kn?? cuba kita hayati kisah Rasulullah saw, ketika baginda meyebarkan islam pelbagai dugaan yang ditempuhi..Tahukah kita bahawa segala dugaan yang Rasulullah hadapi itu telah menjadikan Rasulullah saw orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan..


Aisah rasa malu sangat dengan Rasulullah saw.. Aisah rasa layak ka Aisah menjadi umatnya??? Layak kah Aisah mendapat syafaatnya di akhirat kelak???? kerna kesilapan seorang sahabat Aisah menjadi menjadi ego..Aisah x'tegur dengan nya dlm tempoh yang agak panjang..ASTAGHFIRULLAHALAZIM...insyaALLAH..mulai saat nee Aisah akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang yang pemaaf,mgkin ini adlh teguran dari ALLAH SWT utk Aisah..smoga ALLAH mengampunkn dosa2 Aisah selama nee....Amin...

Sabtu, 28 Januari 2012

cerpen: takdir...




TAKDIR

Sedih. Aku tidak tahu mengapa. Tetapi suasana kelam itu mengundang rasa sedih di dalam hatiku. Kulihat Ariff menangis teresak-esak. Fawwaz dan Munsyi duduk menunduk wajah yang sugul. Di sekeliling mereka bertiga, kebanyakan rakan-rakanku di Jordan ini turut hadir. Semuanya mempunyai gaya masing-masing. Namun gaya mereka semua bersatu atas satu perkataan. Sedih.
Tiba-tiba aku rasa takut. Seakan-akan suasana itu meragut jiwaku.
“Semoga ALLAH rahmati arwah” Presiden MPPM Jordan, Abang Dzulkarnain berkata dalam keadaan matanya yang kemerahan.
Arwah? Ada orang meninggal kah?
Tiba-tiba aku nampak wajah Toriq, sahabat karibku. Wajahnya pucat lesu. Kenapa? Dia kaku sahaja tanpa suara. Matanya terpejam.
Adakah….

****

Aku memandang wajah Toriq. Wajah itu tidak sama seperti wajah yang kelihatan dalam mimpiku. Wajahnya kini hidup, ceria, penuh cahaya. Wajah yang aku tidak pernah rasa sugul bila memandangnya. Namun hari ini, keresahan aku tidak hilang dengan memandang wajah bersih itu. Malah, semakin bertambah gelisah.
“Ni kenapa gaya nak makan orang? Dah tranformasi jadi Godzilla?” Toriq tersenyum-senyum.
“Jalan pandang depan la” Aku memuncungkan bibir ke hadapan, ke arah jalan raya. Kami kini sedang berada di hadapan sebuah pasaraya, yang bertentangan dengan pintu gerbang universiti kami. Antara pasaraya dengan pintu gerbang universiti, ada jalan raya yang besar untuk kami lintasi.
Senior-senior sentiasa berpesan agar kami berhati-hati kerana orang arab biasanya memandu dengan laju. Kadangkala, kita tidak dapat menjangka bagaimana mereka memandu. Aku yang pernah naik teksi dan coaster di Jordan ini, memang rasa macam nak tercabut jantung dengan cara pemanduan mereka. Menggerunkan.
“Uih, garangnya. Ni boleh jadi Godzilla sungguh ni” Toriq terus melangkah.
Tiba-tiba mataku menangkap sebuah kereta yang bergerak dalam keadaan laju.
Pantas wajah pucat Toriq dalam mimpiku menjengah. Kata-kata Abang Dzulkarnain mengetuk kepala.
Arwah…
“Toriq!” Aku terus mencapai lengannya, menarik Toriq ke belakang semula. Kereta tadi terus bergerak membelah jalan raya.
“Kau nak mati ke? Jalan tak pandang kiri kanan?” Aku meninggi suara. Dapat kurasa wajahku tegang. Dada berdegup kencang. Bukan marah, tapi…
Toriq angkat kening. “Kau ni kenapa? Siapa tak nampak kereta tadi? Aku bukan nak melintas jalan raya. Aku baru je nak melangkah nak berdiri tepi jalan raya. Macam tak biasa pulak.”
Aku diam. Tadi, dia bukan nak melintas ke?
“Kau ni, sayang aku terlebih ni” Toriq ketawa kecil.
Muka aku merah. Aku terasa macam aku ini orang bodoh pula.
“Aku risau” Aku menjawab tanpa memandang wajah Toriq. Jalan raya sedang dipenuhi kenderaan yang lalu lalang. Kami masih belum ada peluang untuk melintas.
“Risau? Terharu seh” Toriq memaut bahuku dengan lengannya. Dia masih ketawa.
Aku diam sahaja. Mana aku tak risau? Aku mimpi kau mati!
Tidak lama kemudian, kami mendapat peluang melintas jalan. Toriq melangkah dahulu. Aku pantas bergerak agar langkah kami seiring. Pantas tangan kananku memegang tangan Toriq, memimpinnya seperti memimpin anak kecil melintas jalan.
Sampai sahaja di pintu gerbang Univeristi Yarmouk, aku perasan Toriq memandangku. Tapi aku senyap sahaja. Beberapa orang di tepi jalan tersenyum-senyum memandang kami. Memang, nampak pelik kalau lelaki berpimpin tangan dengan lelaki.
“Kau tak sihat?” Suara Toriq agar kerisauan dengarnya.
Aku melepaskan tangannya semasa melepasi pintu gerbang. Geleng kepala. Aku perlu bagitahu kah mimpi aku?
“Kalau kau ada masalah, bagitahu aku”
Toriq, memang sahabat yang baik. Sahabat aku yang terbaik. Tapi sekarang, bukan aku yang bermasalah. Masalahnya adalah kau, Toriq. Aku rasa macam kau akan ditarik pergi. Aku tidak mahu kau pergi!
“Tiada apa-apa”
Toriq tersenyum semula. Wajah cerianya kembali bercahaya. “Kau tengah angau dengan sesiapa ke?” Tangannya mencuit pinggangku.
“Banyak la kau”
****

Orang kata, kalau ada manusia nak dekat mati, biasanya dia akan ada tanda-tandanya. Tapi, selalunya tanda itu tidak akan kita perasan, melainkan selepas dia mati. Contoh yang biasa didengari adalah seperti ajak makan makanan kegemaran tapi dia makan tak habis. Contoh lain yang biasa aku dengar, arwah akan sering berkata berkenaan mati sebelum kematiannya.
“Agak-agak, umur kita ni berapa panjang lagi?”
Hampir tersembur air yang sedang kuteguk. Terkejut. Aku membesarkan mata, memandang Toriq.
“Mati-mati jangan sebut lah” Aku menegur.
Toriq tersengih. “Kenapa pulak? Mati tu bila-bila. Apa salahnya ingat mati. Mati selalu ingat kita”
Aku menghela nafas. Betul. Malah, mengingati mati adalah antara pencuci kekaratan di dalam hati.
Rasulullah SAW bersabda: “Hati itu akan berkarat seperti karatnya besi” Sahabat-sahabat pun bertanya bagaimana untuk membersihkannya. Rasulullah SAW menjawab: “Membaca Al-Quran dan mengingati mati”
“Tak ada la, hilang keindahan pagi ni” Aku memberikan alasan. Kemudian memandang mentari pagi yang redup di sebalik awan.
Sekarang Subuh pukul 3.40 pagi. Malam sudah menjadi pendek kerana musim panas. Antara hobi aku dan Toriq masa musim panas ini adalah duduk di atas sutuh dan berehat sambil memerhatikan mentari naik. Kami akan membaca Al-Quran dan kemudiannya bersarapan bersama-sama.
“Kalau aku mati, macam mana agaknya kau?” Soalan itu, mengundang pusingan pantas dari kepalaku. Pantas aku meluku kepalanya.
“Aduh, kenapa?” Toriq menggosok-gosok kepalanya. Memandang aku dengan kehairanan.
“Degil ya. Kan aku dah cakap jangan rosakkan mood pagi ni” Aku cuba bergaya selamba.
Toriq mencemikkan muka, kemudian terus menyambung sarapannya.
Suasana senyap sebentar. Aku terus menghabiskan air. Cawan kuletakkan. Toriq tekun dengan makanannya. Aku rasa bersalah pula.
“Kalau kau tak ada…” Perlahan-lahan aku bersuara.
Toriq mengangkat kepala. Mata kami bertentang. Suasana senyap kembali. Kemudian Toriq mengangkat kening, isyarat agar aku meneruskan kata-kata.
“Aku akan rasa amat amat amat sedih” Suaraku perlahan. Perlahan-lahan senyuman Toriq terukir.
“Kenapa? Lawak ke?”
“Terharu seh”
“Banyak la kau punya terharu”
“Aku saje je nak tengok kau sayang aku tak” Toriq angkat kening dua kali. Kemudian dengan selamba meneruskan sarapan.
“Ceh” Buat aku risau aje. Aku memandang langit kembali. Semakin cerah. Baru pukul 6.00 pagi, sudah seperti pukul 8.00 pagi di Malaysia. Adakah hidup akan sentiasa cerah seperti keadaan sekarang?
****

Hah!
Aku terbangun lagi. Mimpi itu datang lagi. Wajah teman-teman yang sugul, ada yang menangis, ucapan Abang Dzulkarnain dan berakhir dengan wajah Toriq yang terpejam kehilangan seri. Aku beristighfar berulang kali. MasyaALLAH… Perasaan takut menyerang. Tubuhku rasa hangat. Kusentuh dahi, terasa basah. Aku berpeluh. Semakin lama, aku terasa seakan-akan mimpiku akan menjadi kenyataan. Mimpi yang sama datang dan datang lagi.
Ya ALLAH…
Kulihat jam pada telefon bimbit. 2.45 pagi. Aku terus bangun dan menuju ke tandas. Gosok gigi, dan membasuh muka. Kemudiannya aku mengambil wudhu’. Aku hendak solat tahajjud. Semalam, Toriq mengadu kepadaku bahawa dia sakit. Dia rasa lemah-lemah badan. Hidung pula sentiasa berdarah. Aku amat risau. Aku telah membawanya berjumpa doktor pada waktu malam, tetapi doktor hanya berkata bahawa itu keadaan biasa apabila perubahan cuaca. Memang biasanya pada musim panas, badan akan terasa lebih lemah dan kadangkala untuk beberapa orang, darah akan keluar dari hidung.
Keterangan doktor tidak membuatkan aku lega. Mungkin aku juga akan menganggap ini biasa, kalau aku tidak didatangi mimpi aneh itu. Tapi, setelah berulang kali mimpi itu hadir, aku rasa teramat risau. Adakah pemergian Toriq memang tidak dapat dielakkan? Adakah mimpi aku itu, benar-benar satu kepastian? Aku menangis dalam sujudku.
Ya ALLAH, sesungguhnya KAUlah yang menguasai nyawa, maka panjangkanlah nyawa sahabatku itu!

****
“Nama aku Toriq. Yoroshikuu” Dia menghulurkan tangan.
Yoro… shiku? Bahasa Jepun apabila memperkenalkan diri, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
“Pelajar JUST?” Nama universiti untuk pelajar perubatan dan pergigian di Irbid kusebut. Semua orang disekelilingnya ketawa.
“Aku dah kata dah, kau ni tak ada rupa pelajar Yarmouk” Bahunya ditepuk kawan di sisi.
Dia ketawa juga. “Aku pelajar Yarmouk. Macam kau juga. Kita sama baya la. Cuma aku sampai sini seminggu awal”
Aku tersengih. Pandangan pertama aku, pelajar bernama Toriq ini adalah seorang yang suka lepak-lepak, gaya happy go lucky dan ada aura anak orang kaya. Sekejap sahaja. Sudah dua tahun berlalu. Tanpa aku sangka, pelajar yang aku ingat suka lepak-lepak, gaya happy go lucky, dan ada aura anak orang kaya itu adalah sebenarnya jauh dari sangkaan aku. Gayanya memang ceria, tetapi Toriq adalah seorang yang serius pada tempatnya. Dia rupanya bukan anak orang kaya. Dia sederhana sahaja seperti aku. Tetapi dari segi pelajaran, Toriq jauh melebihi aku. Dia antara yang tergenius di dalam Universiti Yarmouk. Hatta pensyarah pun menyayangi dia.
Akhlaknya baik dan bersih. Tidak pernah menyakitkan hati orang. Malah Toriq yang mengajak aku untuk mengikuti usrah yang dijalankan oleh Iktilaf Islami, kumpulan persatuan ISLAM orang arab di Universiti Yarmouk. Toriq Sentiasa berbahasa yang menyenangkan, dan semua orang di kawasan Irbid ini menyukainya. Dan semestinya, Toriq ramai peminat dari kalangan pelajar perempuan.
Dan tanpa aku sangka juga, pelajar yang aku ingat suka lepak-lepak itulah yang menjadi sahabat karib aku sepanjang berada di Jordan ini. Kami tinggal serumah dari tahun pertama dengan tiga orang pelajar JUST, iaitu Ariff, Fawwaz dan Munysi.
Malah, kami adalah pasangan setter dan spiker yang digeruni di Universiti. Aku spiker dan dia sebagai setter. Kami berdua suka juga buat video macam Anas Tahir dan Akbar, tapi kami tak buat video nyanyi macam mereka. Kami buat video tazkirah. Antara projek dakwah aku dan Toriq. Aku, memang amat sayang dengan Toriq.
Sayang kerana ALLAH. Ukhuwwahfillah. Toriq yang kenalkan aku dengan benda-benda tu. Dia yang kenalkan aku akan hakikat ISLAM, hakikat iman. Sedikit demi sedikit dia mencerahkan kefahaman aku berkenaan makna kehidupan. Hinggalah sampai satu tahap, dia mengajak aku mengikuti usrah untuk pemahaman yang lebih tersusun.
Walaupun aku adalah seorang pelajar sekolah agama sebelum berkenalan dengan Toriq lagi, tetapi selepas dia menunjukkan aku semua itu, baru aku nampak bahawa aku telah silap meletakkan agamaku. Selama ini, aku hanya nampak ISLAM ini sebagai agama sahaja. Aku nampak ISLAM ini pada pelajaran. Aku nampak ISLAM ini untuk aku lulus cemerlang dan mendapat kerja dalam kehidupan.
Tapi rupa-rupanya, ISLAM ini lebih daripada itu. Seluruh kehidupan itu sendiri sebenarnya perlu berada di dalam ISLAM. Hal ini kerana, ISLAM itu syumul, meliputi segala perkara. Semua itu aku fahami, hanya selepas aku mengenali Toriq. Perlahan-lahan, dialah yang memimpin aku. Sebab itu, aku amat menyayanginya.
“Ni kenapa tengok aku macam aku dah nak mati je ni?” Toriq memandang kepadaku.
Aku tersedar dari lamunan panjang. Perkataan ‘mati’ membuatkan aku sedikit rasa tidak senang.
“Kau sakit, aku tengok-tengokkan la” Aku menjawab selamba.
Toriq tersenyum. “Kut la nak ubatkan”
“Aku bukan doktor lah”
“Da’ie, doktor pada ummah seh”
Kata-kata Toriq mengoyak sengihku. “Masalahnya, kalau bab sakit macam kau ni, da’ie tak boleh nak ubatkan. Doktor la kena bagi ubat”
Toriq menggeleng. “Da’ie, perlu beri harapan kepada pesakit macam aku ni, untuk menjalani ujian sakit itu dengan penuh keimanan”
Aku tersenyum. Ada-ada sahaja. Tak mahu kalah juga.
“Jadi, bersabarlah kau dengan ujian ni. Ini baru sakit sikit. Kemungkinan, ALLAH akan uji dengan benda yang lebih besar”
“Apa agaknya benda yang lebih besar tu?”
“Aku kahwin dengan orang yang kau suka” Terkeluar tawa kami berdua.
“Berani la” Toriq menunjuk penumbuk.
“Joke man, joke” Toriq mengangguk. Aku tahu, dia faham. Kami bukan sekali dua bergurau. Entah, sudah kali ke berapa ribu kami bercanda. Kadang-kadang, tanpa bersuara pun, aku seakan dapat menjangka perasaannya, dan dia pula seakan dapat menjangka keadaan aku.
“Aku rasa, aku dah hampir sihat dah ni” Toriq memegang dahinya.
“Kau rehat cukup, okaylah kut”
“Darah pun dah tak keluar dah sehari dua ni”
“Esok boleh pergi kuliah”
“Kau mesti sepi pergi kuliah sengsorang”
“Bajet macam aku ni jiwang plak”
“Ha ha…”
Senyap sebentar selepas itu. Tiga hari ini, aku la yang menjaganya. Ahli rumah lain agak sibuk kerana mereka pelajar perubatan. Pelajar agama di Yarmouk memang agak banyak masa lapang.
“Tapi, memang sepi pun tak ada kau”
“Ha… introducing, mamat jiwang Irbid, Rasyid!”
“Banyak la” Aku menolak Toriq. Kami ketawa lagi. Nampaknya, Toriq memang benar-benar sihat. Aku rasa lega.
Mungkin, mimpi aku itu hanya mainan sahaja. Mungkin, aku ini terlalu banyak fikir.
“Hei Toriq” Aku memandang Toriq. Mata kami bertemu.
“Em?” Keningnya terangkat sebelah. Gaya kebiasaan.
“Uhibbukafillah, jiddan jiddan” Aku cintakan kamu kerana ALLAH sangat-sangat.
Toriq senyap sebentar. Kemudian ketawa. Aku hairan. Kenapa?
“Kau memang dah jadi mamat jiwang seh. Gaya macam nak tinggal aku jauh je”
Aku tersengih. Aku yang takut kau tinggal aku jauh. Aku yang tak mahu kau pergi jauh tinggalkan aku.
Kemudian tawa Toriq mengendur. Dia memandang aku.
“Uhibbukafillah kaman” Aku cintakan kamu kerana ALLAH juga.
Aku tersenyum. Hati lapang.
****

Aku terbangun. Aku tidak tahu sama ada aku patut tersenyum, atau terus bimbang.
Aku bermimpi mimpi yang sama. Tetapi, mimpiku bertambah. Semuanya sama, hingga ketika wajah pucat Toriq yang terpejam matanya. Namun, kali ini, sebelum berakhir, mata Toriq yang terpejam itu, terbuka, dengan mata yang bergenang.
Adakah ini tandanya, dia tidak akan mati? Ataupun, adakah ini tandanya, Toriq hanya berada dalam kesedihan?
Aku tidak tahu.
Ya ALLAH, lapangkanlah kehidupan sahabatku Toriq, permudahkan segala urusannya, ampunkan segala dosa-dosanya….
Aku berdoa. Semoga ALLAH pelihara sahabatku Toriq.
Sekurang-kurangnya, dalam diriku sekarang, ada perasaan bahawa, Toriq tidak akan pergi meninggalkan aku.
Tapi…
****

Kehidupanku seakan kembali seperti biasa. Berjalan ke Universiti Yarmouk bersama sahabat tercinta, Toriq.
Pagi tadi, selepas bersarapan, aku teringat akan ibuku. Aku bersembang lama juga. Sempat berkirim salam kepada semua keluarga. Agak lama juga tidak menghubungi mereka.
“Ni kenapa muka macam orang baru kahwin ni?”
Aku tersengih. Sebab aku senang hati. Aku dapat telefon ibuku pada pagi hari, dan sahabatku kembali sihat. Malah, aku dapat rasa bahawa kerisauanku macam beterbangan hilang. Mungkin selepas aku kembalikan bahawa, hidup dan mati itu susunan ALLAH.
Semalam, sebelum tidur, aku bermuhasabah.
Mungkin, kalau benar mimpi-mimpi aku selama ini benar adalah tanda bahawa Toriq akan ditarik pergi, maka aku pun tidak akan mampu menghalang kehendaknya. Mati itu adalah urusan-Nya. Kita tidak boleh mengelak, jauh sekali hendak melarikan diri. Cuma, tugas kita adalah hidup dengan nyawa yang masih ada, dan cuba menjaga diri sebaik mungkin.
Setiap yang bernyawa akan mati. Tiada keraguan akan hal itu. Maka tidak perlu dipertikaikan. Pokok persoalan sekarang adalah, bagaimana kita menjalani kehidupan.
Dikejutkan mimpi semalam, aku solat tahajjud, solat taubat dan melakukan solat hajat. Aku mendoakan agar aku termasuk dari kalangan yang beriman dan diberi rezeki untuk masuk syurga. Aku berharap agar, aku termasuk dalam kalangan mereka yang mendapat redha ALLAH. Aku juga mendoakan semua ahli keluargaku, dan rakan-rakanku. Semestinya, aku tidak lupa mendoakan sahabatku Toriq.
“Weh, jawab la. Mimpi jumpa bidadari ke?” Toriq menolak bahuku.
Aku menggeleng. Aku mimpi kau hidup. “Mana ada apa-apa”
Aku terus berjalan. Toriq menepuk-nepuk belakang tubuhku. “Takpe…”
“Jangan ambil hati seh” Aku meniru ‘seh’ yang selalu diucapkannya.
“Aku ambil jantung je seh” Toriq membalas canda.
Kami ketawa.
Kami sampai di tepi jalan raya.
“Tak sibuk seh pagi ni”
Aku mengangguk. Walaupun ada kenderaan lalu lalang, tapi tidak sesibuk seperti biasa.
Toriq terus melintas. Aku mengikuti dari belakang.
Poooooooooonnnnn!!!!
Aku menoleh. Sebuah coaster bergerak laju ke arah kami. Mataku membesar. Spontan aku menolak Toriq dengan kuat. Sahabatku itu terkeluar dari jalan raya.
Jarak coaster denganku tidak lebih dari sedepa.
Ketika ini, keadaan sekeliling aku seakan menjadi perlahan. Aku sendiri jadi pelik. Aku sempat memandang Toriq yang hendak membuka mulut untuk mejerit.
Aku sempat pula teringat akan mimpiku.
Tangisan ahli rumah, kesugulan kenalan-kenalan di Jordan, kata-kata Abang Dzulkarnain, kemudian wajah pucat Toriq dengan mata terpejam yang akhirnya terbuka dalam keadaan mata bergenang.
Patutlah…
Aku tersenyum.
“Oh, rupanya bukan Toriq. Tetapi aku…”
Alhamdulillah. ALLAH Maha Besar. Ternyata ilmu berkenaan kematian ini tidak tersampai pada insan untuk menjangkanya.
BAM!
Seluruh alam macam berputar berulang kali.
Dan yang terakhir aku dengar adalah suara jeritan Toriq yang panjang, sebelum segalanya menjadi gelap, dan senyap.
ALLAH… Aku naik saksi bahawa tiada Allah selainMU, dan Muhammad itu adalah RasulMU.
Toriq…
Aku yang pergi dahulu..

Kasihku Yang Satu

sakit gila bila tak dipedulikan
sakit gila bila dibiarkan

lagi sangat sakit bila tidak lagi dijaga
adakah kerna aku yang tidak menjaga
lantas tiada peluag untuk dijaga

apa selama ini sia-sia?
menutup kerana suka-suka
memelihara kerana rasa lawa

masih ada peluang untuk digoda
lantas aku dibiar tak terjaga
aib dan malu yang sentiasa terbuka
sengaja atau tidak sengaja

berjalan ku menghampiri
berlari ku dihampiri
selangkah aku mendekati
seribu langkah aku didekati

jauh aku berlari
lagi jauh ku ditinggal pergi
sekali aku tidak peduli
seribu kali aku dibiar sepi

satu yang aku pinta
sebab hati sudah terseksa
hampiri aku seadanya
walau kadang aku leka

risau dihati tidak terkira
bila terasa diri tak dijaga
dosa yang menggunung masih tersisa
mengharap kasih yang tiada hujungnya

duhai Kasih ku Yang Satu
maafkan kelalaian ku meninggalkanMu
dikala gembira dan ceria ku
terleka sejenak mengingati Mu

jangan Kau biarkan ku begini lagi
semua yang berlaku atas kudratMu
jangan Kau biarkan diri ni
terumbang ambing tanpa jagaan Mu

demi Mu aku bersaksi
tiada selain Mu di hati
izinkan aku menagih janji
menjaga untuk dijagai

ampuni ku dan ampuni mereka
kami lalai kami alpa
dengan nikmat yang tak terhingga
dan masih buat-buat lupa

jauhkan hati dan hati mereka
dari sifat takbur dan bangga
atas ketakwaan yang tak seberapa
atas amal yang masih leka
atas iman yang tak terjaga

lindungi aku dan juga mereka
dari kejahatan makhluk durja
tak sudah-sudah menyimpul dosa
sengaja atai tidak sengaja

sungguh! kami lemah
sungguh! kami tak tabah

oleh itu Kasihku
kuatkan hati mereka dan hati ku
agar thabat dalam juang dakwah Mu
ingin menegak ma'ruf dengan jitu
walau kadang iman kuncup dan layu

Jumaat, 27 Januari 2012

Share from MILLATfacebook..

Gadis yg menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
-Gadis yg melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
-Gadis yg mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
-Gadis yg malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
-Gadis yg pakai tudung kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
... ... -Gadis yg pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
-Gadis yg meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
-Gadis yg tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
-Gadis yg tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
-Gadis yg tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
-Gadis yg tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
-Gadis yang ganjil?

Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (H.R. Muslim) .. (^_~)

#wanita!!!mudah2an kite termasuk dlm golongan yg "ganjil"#<--amin... (^_~)

Isnin, 23 Januari 2012

sHaring is Caring

CINTA ISLAMIK???????? Feedback by ummi wana CINTA ISLAMIK???????? Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai.Sudah menjadi kebiasaan apabila mereka dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan dalam islam.Antara ayat-ayat yang sering kali diungkapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah : ~‘ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..’ ~‘saya cintakan awak kerana Allah..’ ~'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..’ Firman Allah S.W.T: “Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32) Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa. ~‘macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!’ ~‘kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?’ ~‘tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’ ~‘kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..’ Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya. Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya. Firman Allah di dalam Surah An-Nur: “dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Al-Nur 24 :26) Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ; “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74) Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan. Nota Cinta : Cinta Islamik atau Islamic Love hanya wujud selepas nikah jer Bercinta lepas nikah lebih indah dan berkat (orang kata dan memang pun) jangan ber”couple ” sebelum nikah nanti dah nikah dah bosan untuk couple…

sHARING is Caring

Bergantung Hanya Pada Allah Feedback by Nur Syah Miqail Tiada keuntungan dalam hidup ini kecuali untuk orang yang bergantung sepenuhnya kepada Allah.Segala-galanya berada dalam genggaman dan kekuasaan-Nya.Tidak ada satu celah atau noktah pun yang luput atau terlepas daripada pemerhatian Allah.Dia menjadikan semua perkara dalam hidup ini dengan penuh teliti,sempurna serta menyeluruh.Kehidupan dicipta dengan keseragaman luar biasa.Hasilnya hidup ini sentiasa berlangsung dengan anggun dan harmoni. Sebagai makhluk-Nya yang berakal,Allah memberi kebebasan sepenuhnya kepada manusia dalam menentukan jalan kehidupan sama ada yang menuju bahagia atau kehancuran dan penyesalan.Allah mengilhamkan ke dalam hati manusia kemampuan memilih yang baik atau buruk.Terpulang kepada kita sama ada mahu mengambil yang berfaedah atau merugikan hidup.Jangan pula kita menyalahkan orang lain apabila kita memilih berkelakuan buruk dan kemudian sengsara.Sebabnya,kita sendiri yang bersalah dan maka kita sendiri yang perlu bertanggungjawab atasnya. Bagi mereka yang hidupnya sentiasa bergantung pada Allah,sesiapa mahupun apa-apa jua di dunia ini adalah terlampau kecil untuk digantungkan harapan.Contohnya,orang yang bergantung pada tiang berasa takut apabila tiang itu dialihkan kerana dia akan jatuh terguling.Sama juga apabila manusia bergantung pada sebuah kerusi.Dia akan berasa takut kalau-kalau kerusinya itu hilang.Demikianlah keadaan orang-orang yang takut dan panik dalam hidup kerana mereka terlalu bergantung pada harta-benda,pangkat,kedudukan,kuasa,kekuatan fizikal,kecantikan rupa,wang,pasangan hidup dan lain-lain.Padahal,mengambil dan memusnahkan semua tempat pergantungan itu adalah teramat mudah bagi Allah untuk melakukannya. Apabila kita bergantung pada Allah yang menguasai setiap kejadian,kita akan tiba pada konsep atau keadaan di mana kita tidak akan pernah berasa panik mahupun takut.Contohnya,di saat kedudukan atau jawatan kita diambil atau ditarik balik,kita mengembalikannya kepada Allah dan menerimanya dengan yakin dan redha.Kita juga percaya itu adalah sebahagian daripada perancangan-Nya yang maha rapi.Dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik insya-Allah jika bukan dalam bentuk kedudukan mungkin dalam bentuk lain seperti sihat tubuh badan,kuat daya ingatan,rezeki yang melimpah mahupun kasih sayang sesama makhluk atau mungkin juga Dia akan menggantikannya untuk suatu saat yang tidak terduga. Banyak contoh yang dapat kita jadikan teladan supaya tidak tersesat jalan.Berapa banyak jawatan,kedudukan mahupun populariti yang menjatuhkan manusia ke lembah yang hina.Contoh-contoh ini menjadi peringatan betapa setiap yang ada di bumi ini bersifat sementara.Kita sering menyaksikan ramai orang tenggelam dan hina kerana jawatan mereka.Hal ini disebabkan oleh mereka tidak bersyukur dan menyia-nyiakan nikmat berupa jawatan itu.Ramai manusia menyalahgunakan kedudukan dan jawatan bagi mengaut keuntungan untuk diri sendiri.Apabila salahguna kuasa berlaku secara berterusan,jawatan itu yang pada mulanya membawa banyak keuntungan akhirnya hanya mendatangkan kehancuran dan kehinaan suatu hari kelak. Apakah cara terbaik dalam mengurus nikmat-nikmat kehidupan?Antaranya adalah dengan tidak bergantung padanya.Apabila kita bergantung pada kehidupan,kita berasa takut akan kehilangannya lalu berusaha mengekalkannya dengan pelbagai cara termasuk yang menyimpang daripada nilai-nilai agama dan norma manusia. Orang yang sentiasa bergantung pada Allah memiliki jiwa yang tenang.Fikiran dan hatinya yang ikhlas sentiasa diliputi cahaya ketuhanan.Kejernihan hati membuatkan segala perkara yang berlaku di sekelilingnya nampak mudah dan menjadi jalan atau cara untuk mendekatkan hati kepada Allah.Orang yang bergantung kepada Allah menganggap nikmat sebagai amanah yang perlu dijaga dan dipertanggungjawabkan.Dia sentiasa bertanya kepada diri sendiri,”Apa gunanya nikmat ini jika ia tidak mendekatkan aku kepada Allah bahkan hanya mendatangkan kemurkaan-Nya sahaja?” Pertanyaan ini mengingatkan kita supaya yakin bahawa Allah sentiasa mengilhamkan ketenangan dan kebijaksanaan kepada kita jika kita bersikap profesional dan bertanggungjawab walau serendah mana sekalipun jawatan kita.Jangan pula kerana kedudukan atau jawatan kita yang rendah ini kita berasa bimbang dan gelisah tidak mendapat penghormatan manusia.Apabila kita menjadikan jawatan sebagai cara untuk mendekatkan diri kita kepada Allah maka Dia akan mengurniakan kemuliaan dan keagungan kepada kita.Demi Allah,hanya Dialah satu-satunya tempat kita bergantung dan memohon kebaikan. Kita juga tidak dibenarkan bersikap sombong dan meninggi diri dengan apa yang kita miliki.Contohnya berbangga diri dengan ibu bapa yang berkedudukan,harta dan kediaman yang mewah,kuasa serta jawatan yang tinggi.Jika Allah berkehendak maka Dia boleh saja memberi penyakit kepada ibu bapa kita sehingga mereka hilang upaya lalu jawatan mereka dipindahkan kepada orang lain.Harta dan kediaman manusia juga boleh hilang dan musnah pada bila-bila masa.Dengan kehendak Allah juga jawatan dan kuasa itu sendiri pun mampu menyebabkan kita menjadi gila akibat terlalu memikirkannya sehingga hilang kepercayaan orang lain terhadap kita sebagai pemimpin. Begitu juga apabila seorang perempuan yang memiliki suami yang tampan dan gagah perkasa menganggap suaminya terhebat di dunia.Kekuatan si suami membuatkan isterinya berasa aman tenteram lalu bergantung harap padanya.Sulitkah untuk suaminya daripada terkena sekecil penyakit sahaja seperti cirit-birit?Penyakit sekecil itu pun mampu merubah kehebatan sang suami yang bertubuh sasa menjadi lemah tidak berdaya.Dalam sekelip mata dia pula menjadi manusia yang mengharap akan jagaan dan belas kasihan si isteri.Dalam keadaan tidak berdaya usahkan mahu melindungi isteri,menjaga dirinya sendiri juga tidak termampu. Sedang kita berjalan-jalan menikmati udara segar di taman bunga kita terpijak pula kulit pisang lalu jatuh tergelincir.Mungkin kepala kita akan menghentak jalan yang bertar lalu mengalami gegaran otak,seterusnya koma atau terus meninggal di saat itu juga.Berdasarkan contoh-contoh ini kita perlu menjadikan Allah sebagai satu-satunya tempat bergantung.Apabila kita bergantung pada selain daripada-Nya maka bersiap-sedialah menghadapi kekecewaan!

Sharing is Caring

Pesan Hati Pada Diri Sendiri Feedback by khairul afifi Wahai mata, janganlah menangis tersedu sedan meratapi setiap keperitan yang menjalar memakan perasaan. Kerana kau harus percaya bahawa setiap dugaan yang sedang kau rasa adalah takdir dari yang maha Esa. Tiada duka yang akan abadi selamanya. Dan Allah maha perkasa menentukan segalaNya. Redhalah dengan suratan yang telah di gariskan. Maha Adil Allah akan menjadikan segalanya sempurna. Lekak lekuk di kehidupan sementara ini adalah lubang-lubang yang perlu ditampung dengan kekuatan dan iman yang kukuh, barulah perjalananmu bisa menjadi sekuat aloi yang tidak akan runtuh. Wahai mulut, kau diciptaNya begitu unik dan tiada sesiapa yang bisa menggantikan fungsinya walaupun sebuah robot ciptaan manusia yang berharga sejuta. Melaluinya, Allah menghadiahkan pula suara. Dan aku mengharapkan suara yang akan dikeluarkan bukan segala jenis umpatan dan cacian terhadap kejadian yang terlihat di penglihatan. Jadikanlah mulut itu sebagai saksi suara melafazkan ayat-ayat Allah dan memberikan nasihat dan kebaikan. Wahai telinga, dengarkan segala nasihat-nasihat yang bernilai yang akan memimpinmu menjalani kehidupan ini dengan sempurna. Tutuplah telinga mu dari mendengan suara-suara sumbang yang cuba membengkokkan jalan yang lurus, yang cuba melalaikan dan menidurkan mindamu dari berfikir perkara kebaikan. Wahai jasad yang akan hancur lumat dimamah tanah, kau adalah amanah dari Allah. Siapa kita untuk menjadi perosak diri? Tega sungguh wahai manusia jika kehidupan sementara yang dilalui diisi dengan melakukan maksiat yang hanya akan memakan diri. Bukankah diri adalah amanah dari Allah untuk kita jaga dan lindungi dari azab api neraka? Allah hadiahkan kita penglihatan, pendengaran, suara, sentuhan dan segala kemudahan. Dia tidak meminta bayaran di setiap sedutan udara yang kita gunakan. Apakah hendak bersyukur dengan menyebut sepatah “Alhamdulillah “ pun terasa berat untuk di ucapkan? Berterima kasihlah kepada Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. Nikmat yang di anugerahkan ini terlalu bernilai. Jagalah dan gunakanlah di jalan Allah dan bukan gunanya untuk meraih dunia semata-mata.

Khamis, 12 Januari 2012

isTikharah piLihan Q

Assalamualikum... semoga saat nee Allah masih ag..memayungi kita dengan rahmat dan kasih sygnya... dengan kekuatan serta ruang dan peluang yg dy kurniakn serta tngan yg ALLAH anugerahkan pd saat nee yg m'buat kn aISAH..dpt menaip sesuatu yg t'catat dlm blog.. ALHAMDULLILAH..sungguh syg nya ALLAH pd Aisah telah Aisah rsakn pada 3 hari nee..ALLAH berikn Aisah sakit yg Aisah masih dpt tanggung..kaSIH syg nya bgitu ikhlas dan murni shinggga mmpu menitiskn Air mata Aisah kesakitan nee jgk m'buatkn Aisah b'pkir akn kekuasaaNYA.." sesungguhnya dy lah yg m'berikn kesakitan nee pada Aisah dan dy jg lah yang menyembuhkan...ALHAMDULLILAH b'hbung dgn tjuk Aisah ari nee..Aisah ingin kongsi..m'genai istikharah mksud Aisah solat istikharah.. emm besanya Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja. Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa: .
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.” Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.... ALHAMDULLILAH Aisah sendiri telah m'buat pilihan melalui istikharah..sungguh apabila kita btul2...m'hrpkn p'tolongn dari ALLAH Dlm m'buat pilihan ALLAH akn tunjukn..p'yelesaiannya..sesungguhnya jg apa yg ALLAH tetapkn utk kita adlh yg terbaik.. Aisah sendiri telah alami....hihi..tp bila dah solat tu n dpt ptunjuk mcm..takot jgk trima..keputusan.. apa-apa pon.. PILIHAN ALLAH S.W.T ADALAH YG TERBAIK..

Selasa, 10 Januari 2012

sharing is CaRing..

Hadis : Kualiti Iman Seorang Muslim by khairul afifi Hadis : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah." Baihaqi Huraian : Pengajaran Hadis: i) Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim yang sebenar. ii) Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi orang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada Allah. iii) Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin, jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya akan didapati kosong, kecewa dan hampa.

Isnin, 9 Januari 2012

shaRing is Caring

Putuskan Mata Rantai Kesakitan Dimasa Lalu Dengan Ikhlas by Lis Ikhlas dalam berbuat adalah tidak masalah bagimu untuk dimaki ataupun dipuji atas apapun yang telah kau lakukan. Bukankah hatimu sediri telah tersenyum seraya bangga serta mengucap syukur bahwa kau telah melakukan yang terbaik yang kau bisa, dan Allah pun insyaallah menghargai setiap kebaikan dan niat tulus yang bahkan teralfa dari penglihatan manusia. Ikhlas adalah saat kau menyambut pukulan dari lawanmu dengan kelembutan sifat yang menyejukkan, bahkan bagi batinnya sendiri. Lihatlah betapa seseorang yang jahat kepada kita ternyata sedang tidak mengerti arti sebuah cinta kasih. atau mungkin dia tidak tahu bagaimana cara mengekspresikan dan meredam amarahnya sendiri, sehingga hanya sembarang cara dia gunakan untuk sekedar merepresentasikan protes jiwanya. Ikhlas adalah tentang mengerti lawanmu yang begitu berambisi mengalahkan dan menyakitimu. Kasihanilah dia dengan kasih sayang, yang karena dia tidak mengetahui bahwa bumerang yang dilemparnya kepadamu tersebut akan berbalik lebih membabat habis kehormatan dan martabatnya sendiri. Ikhlas dalam menyadarkan adalah tuturkan perkataan yang lembut, seakan kau perlakukan lawanmu seperti kau ingin seperti orang lain memperlakukanmu. Bahkan Allahpun maha lembut dan mencintai kelembutan. Jikapun kau harus mengambil batas yang jelas dan tegas atas sebuah tindakan, lakukan dan jelaskan kepadanya bahwa inilah bentuk kasih sayangmu terhadapnya yang meskipun sedikit sakit namun akan berakibat baik baginya. Ikhlas dalam memaafkan adalah kau telah sepenuhnya memberikan senyum kepada lawan yang telah menyayat masa lalumu, dan kemudian merangkulnya kembali sebagai kawan baikmu. MasyaAllah, hal ini tidaklah mudah, namun apa yang sulit bagi orang yang sedang jatuh cinta. Bahkan hal yang di luar nalar sekalipun dapat dijangkaunya karena kedalaman cintanya. Dan jatuh cinta mu kepada Allah telah dan akan selalu mengindahkan hari- harimu, bahkan untuk sesuatu yang tiada pernah mampir di pikiranmu sebelumnya. Dan... tidak ada manusia yang mulia... yang tidak memaafkan. Ikhlas tiada terdefinisikan oleh kata namun hanya bisa dirasakan oleh hati yang akan sangat terasa damai dalam melewati jalur takdir berikutnya. Karena ikhlas pula lah yang telah memutuskan mata rantai keburukan masa lalu yang tetap menyangkut dan menodai masa depan. Ikhlas itu meringankan walaupun melakukannnya adalah sangat berat untuk dilakukan. Tapi bukankah hidup adalah memang perjuangan. Dan ikhlas adalah memang sebuah keistimewaan. Dia hanya tumbuh pada ladang hati yang subur oleh cinta kepada Allah serta penuh dengan kebijaksanaan. Bahkanpun ada ikhlas dalam membenci. Yaitu adalah kau membenci sesuatu yang nyata- nyata tidak disukai Allah. Bahkan mungkin manusia mempunyai kecenderungan nafsu yang justru menyukai sesuatu yang hina. Namun jika hati sudah tertaut kepada Allah, maka kemudahan untuk memunculkan hal tersebut insyaAllah akan lebih termudahkan. Maka jika kebencian dan kesakitan itu masih ada, paling tidak tanyakan kepada diri, apakah kebencian itu murni karena Allah? (Syahidah/Voa-Islam.com)

Sabtu, 7 Januari 2012

utk Mu waNita

~~ MENGAPA WANITA ISLAM HARUS BERJILBAB ~~ by Vivi Oxtavia satu topik Yang Harus Trs d Bahas.... kenapa wanita muslim perlu berjilbab atau orang Barat mengatakan '' why Muslim women must cover up themselves in Hijab ''....... ? sudah tentu lah ia membawa banyak kebaikan, kalau tidak, Allah perintahkan... Allah maha mengetahui dan Maha bijak sana... kenapa..... ? 1. Sebab utama mestilah kerana perintah Allah... dan hukunnya adalah wajib (bukan makruh, bukan harus, bukan haram) bila sebut wajib , berdosa kalau tak melaksanakan 2. Wanita yang berjilbab nampak lebih cantik, ayu dan sopan... nampak lebih lembut keperibaidan dirinya sesuai dengan muslimah sejati. memang manis dan cantiknya wanita yang menjaga auratnya 3. Sebab dia sayang ayahnya, wanita yang belum Menikah dan menjadi tanggung jawab ayahnya ... susah tentulah ayahnya turut akan dipersoalkan oleh Allah kelak sebab membiarkan anaknya Tak berjilbab dan menutup Aurat... 4. Sebab dia sayang suaminya , wanita yang sdh Menikah menjadi tanggungjawab suaminya dan suaminya turut akan di mintai pertanggung jawaban sebab membiarkan Isterinya tak berjilbab menutup Aurat. sesungguhnya , seksaan Allah itu amatlah pedih. 5. Sebab dia cintakan Agamanya, Cinta itu telah pun dia buktikan dengan menturuti syariat yang di anjurkan agama. 6. Sebab benda yang cantik-cantik kan selalu kita tutup, kalau tak, nanti terganggu dengan anasir-anasir yang tak elok dari luar apa bila tak terjaga... 7. Supaya nanti akan di lihat oleh lelaki-lelaki yang soleh saja hendaknya, yang juga seorang yang cinta akan kesempurnaan dalam islam. 8. Supaya dia terpelihara dari sang buaya darat yang hanya melihat wanita dari mata nafsu semata-mata....hehee... so.... jadi perliharalah Aurat kita tak kiralah wanita ataupun lelaki... Untuk menghormatinya wanita yang menutup aurat dan berhijab, Semoga kita di khasihi oleh Allah.. ooo Yaaa... sebelum saya Melupakan sesuatu, ada tmn saya ni menggatakan wanita ramai2 untuk berjilbab.. tapi hanya sekadar fesion... , yang penting fesion itu lulus tak dari ciri-ciri pakaian yang menutup aurat...menggikuti Syari'k...sesuai dgn anjuran Agama..... semoga bermanfaat...Uhibuki Fillah..sahabat ~~ Salam Santun Senyum Manis ~~