bismilah

Ahad, 23 Jun 2013

Malam Nisfu Sya'ban

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


"Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya,

 dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia
 ketika matahari terbenam dan berfirman:
“Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? 
Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? 
Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? 
Adakah di sana adakah di sana? sehingga terbit fajar.
”(Riwayat ibn Majah) 



Antara kebaikan dan kelebihan beribadat dalam bulan Syaaban ialah:

1).  Barang siapa berpuasa tiga hari pada awal bulan Syaaban, tiga hari pada pertengahan, dan tiga hari pada akhir bulan Syaaban akan mendapat pahala seperti 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.

2).  Doa orang-orang yang beriman akan dimakbulkan.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha." (Riwayat: Abdullah Umar)

3).  Mohonlah keampunan pada malam Nisfu Syaaban kerana pada malam itu pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka.
 Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini , pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba’, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.

" Begitulah sedikit sebanyak kebaikan,keistimewaan dan kelebihan bulan Syaaban. Marilah kita tingkatkan amalan kita dan rebutlah peluang yang ada.

sumber: JAKIM dan  IKIM

Tiada ulasan: