bismilah

Isnin, 14 Februari 2011

maulidUr RasuL =)


SEJARAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah menyambutnya besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma'moon Al-Bataa'ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu. Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah.

Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Allah berselawat kepada Rasulullah saw:

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.” ( surah al-Ahzab ayat 56)

Para sahabat berkata: “Ya Rasulullah, kami telah tahu bagaimana mengucapkan salam kepadamu, tapi kami tidak tahu bagaimana mengucapkan selawat kepadamu.

Rasulullah saw menjawab: ucapkanlah: Allahhumma solli ‘ala Muhammad (Ya Allah, selawatkan atas Nabi Muhammad.)”

Kita meminta Allah berselawat ke atas Nabi bagi pihak kita, kerana hanya Allah yang mengetahui setinggi mana darjat Nabi Muhammad.

Allah sendiri mengagungkan Nabi, jadi tidak syirik bagi kita untuk mengagungkan Nabi.

Di antara cara untuk melahirkan rasa cinta kepada Nabi ialah dengan mengadakan sambutan maulud.

Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi dan Ibn Taghrabik. Antara yang membolehkan ialah Imam Jalaluddin Sayuti, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Atiah Saqr dan Syeikh Yusuf Qardawi.

Tiada ulasan: